Lebih dua dekad bergelumang dalam dunia seni tidak sedikit pun mengoyahkan kedudukan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi tersohor negara.

Perkara itu terbukti apabila Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai artis Malaysia yang paling banyak distrim sepanjang tahun menurut platform penstriman muzik, Spotify.

Lebih mengagumkan, Siti turut menewaskan ramai penyanyi baharu sedang meningkat naik termasuklah Yonnyboii, Naim Daniel, Hujan dan Haqiem Rusli.

Tidak cukup dengan itu, Spotify Wrapped 2021 menyenaraikan Siti Nurhaliza untuk penyanyi wanita paling top 2021 Malaysia, sebaris dengan Taylor Swift, Ariana Grande dan Doja Cat.

Untuk peringkat antarabangsa pula kumpulan kpop popular BTS menjadi artis dengan penstriman tertinggi di Malaysia.

Kumpulan itu mengalahkan Justin Bieber, Taylor Switf, dan Ariane Grande.

Berikut merupakan senari lengkap dikeluarkan oleh Spotify.

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

Artis Paling Banyak Distrim (Malaysia)

Artis Paling Banyak Distrim

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

Kumpulan Paling Banyak Distrim

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

Album Paling Banyak Distrim

Podcast Yang Paling Banyak Distrim

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa syukur atas pencapain berkenaan.

“Semua hal tak datang dengan sendiri, terima kasih untuk semua.

“Terima kasih @spotify, syarikat rakaman, pendengar muzik saya, peminat saya dan semua yang membesar dengan lagu-lagu saya,” katanya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)