gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara - “Lepas 4 Tahun, TikToker Tu Nak Dapat…”
VIRAL
Pempengaruh Maut ‘Mukbang’ Pelitup Muka, Pemerah Pipi & Lipstik
HIBURAN
'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Lebih 2 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Kelantan Sempena Aidiladha - "Ramai Belajar Atau Bekerja Luar ..."

gempak
Gempak
03/06/2025
08:40 MYT
Sponsor Banner
Lebih 2 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Kelantan Sempena Aidiladha - "Ramai Belajar Atau Bekerja Luar ..."
Lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki negeri Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jangkaan itu berdasarkan trend semasa dan budaya masyarakat negeri ini yang gemar pulang ke kampung sempena cuti perayaan, khususnya Aidiladha.
“Pengalaman kami setiap tahun, waktu raya haji pun sama seperti raya puasa.
“Orang Kelantan memang suka balik kampung dan kali ini dijangka lebih dua juta kenderaan akan memasuki negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama pelajar dalam Program Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada Selasa.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Profesor Dr Mohammad Ismail.
Menurut Mohd Yusoff, lokasi tumpuan kemalangan seperti jalan utama masuk ke bandar Kota Bharu, jajahan Pasir Mas dan Gua Musang akan sentiasa dipantau rapi oleh pihak polis terutamanya ketika waktu puncak cuti perayaan.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya, khususnya anak Kelantan yang pulang dari perantauan agar mengekalkan disiplin pemanduan seperti ketika berada di luar negeri.
“Ramai yang balik dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, belajar atau bekerja di luar Kelantan. Masa di sana, disiplin memandu mereka baik.
“Tapi apabila masuk sempadan Kelantan, ada yang berubah. Tak pasti sama ada disebabkan faktor dalaman atau tekanan persekitaran. Jadi tolong kekalkan disiplin ketika berada di jalan raya. Jangan potong barisan atau pentingkan diri,” tegasnya.
Tambah beliau, pemanduan secara berhemah bukan sahaja menyelamatkan nyawa sendiri, malah mengurangkan tekanan kepada pemandu lain serta membantu kelancaran trafik.
“Pihak polis juga akan melaksanakan penugasan khas Op Lancar dan Op Selamat sempena musim Aidiladha bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mencegah jenayah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Kelantan
#Aidiladha
#Kampung
#Balik
#Trafik
Must-Watch Video