Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo mendedahkan pernah terleka dengan nikmat dunia hingga mengabaikan solat selama lebih 20 tahun.
Kata Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan Balas, 44, kali terakhir dia mendirikan solat ketika di bangku sekolah.
"Saya jahil tentang agama, banyak tuntutan yang saya tinggal dan lebih mengejar duniawi.
"Saya tak pernah solat sebelum ini, kali terakhir pun solat Jumaat ketika bersekolah, kemudian apabila mula bekerja saya tinggal terus.
"Bayangkan masjid sebelah rumah pun tak nampak. Betapa gelapnya hati saya ketika itu...
"Tetapi lebih kurang tiga tahun lalu, Allah beri saya hidayah. Nak kejar dunia perlu ada agama. Saya terfikir, apa rasa orang yang bersolat? Kata orang solat itu nikmat. Jadi saya nak rasa," kongsi Jojo kepada Gempak.
Tiada guru untuk membimbing Jojo, yang ada hanyalah carian Google tentang cara untuk menunaikan solat dan waktu Subuh.
"Saya berjaga malam tak tidur sebelum nak mula mendirikan solat Subuh. Saya ke surau, tunggu jemaah masjid datang dan belajar.
"Kemudian saya cuba istiqamah solat Subuh selama dua minggu tanpa henti. Lepas tu belajar solat Isyak dan Maghrib.
"Allah beri ilham untuk rasa seronok dan alang-alang itu saya terus buat solat lima waktu.
"Ketika itu walau duit dalam poket ada RM5 saja, hati rasa tenang dan bahagia. Inilah sebenarnya yang saya cari," ceritanya.
Bertitik tolak daripada mimpi sebenarnya, kata Jojo peristiwa dalam mimpi sejak darjah enam mencetuskan semula hijrahnya.
"Ada seorang lelaki mula bercahaya putih memperkenalkan namanya Muhammad. Saya tak nampak muka dia tetapi dia bawa saya ke perigi dan beri saya minum.
"Selepas itu dia hadiahkan saya bunga. Ketika itu saya dapat membaca Al-Quran dengan begitu lancar!
"Saya kemudiannya berjalan ke arah satu pintu yang apabila dibuka ada kawasan langit yang luas. Di situ ramai lelaki berjubah putih mengajak saya mendirikan solat bersama-sama dalam satu saf," katanya yang pernah menceritakan mimpinya kepada arwah ibunya suatu masa dahulu.
Jojo kini masih aktif menyertai aktiviti dakwah bersama rakan artis dan belajar beristiqamah dalam ibadah.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Amri Hassan
Mon Nov 11 2019
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.