Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Lebih 24 Jam Menahan Sakit Contraction, Penyanyi Fatin Husna Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Amri Hassan 26/01/2021 | 12:50 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagu Rahsia Kita telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Ahad lalu.
Berkongsi pengalamannya bersama peminat di Instagram, bayi perempuan itu dilahirkan tepat pukul 5.30 petang selepas 24 jam bertarung nyawa.
"Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan baby girl. Tak tahu berapa botol masuk air, terima kasih yang mendoakan.
"Syukur diberi kesempatan lagi untuk bernafas baru hari ini ada tenaga.
"Doktor mula induce 7 pagi 23 Januari lepas tu tengah hari masuk belon menahan contraction lebih dari 24 jam. 25 Januari baru baby keluar," kongsinya.
Sepanjang tempoh itu juga Fatin memberitahu dia tidak dapat menjamah makanan kerana terlalu sakit.
"Masuk epidural pun tak ada fungsi masih sakit, dengan dua hari tak makan sebab tahan sakit punya pasal.
"Masuk bilik bersalin dari pukul 12 hingga pukul 5 lebih baru baby keluar. Hampir nak vacuum tapi alhamdulillah dah hujung-hujung nyawa tu baby keluar juga.
"Ya Allah besarnya pengorbanan seorang perempuan yang bernama ibu. Hargailah mereka selagi masih ada," tambahnya.
Fatin, 26, telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Luqmanul Haqim pada Disember 2019 selepas setahun bertunang.
#Penyanyi #Anak #Bersalin #Fatin Husna
;