gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry & Keka Bercinta? Ini Jawapan Tuan Badan - “Doa Yang Baik-Baik…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: RIF - Ruang Inspirasi Fest 2025 KL
HIBURAN
Saling Berpegangan Tangan, Faizal Hussein Hadir Bersama Anak Perempuan Raih Perhatian - “Dia Ini Dari Kecil Lagi Memang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Lebih 50% Barang Dipulangkan Rosak, Siapa Nak Tanggung?" - Kak Ani Kecewa Kakitangan Kurier Rosakkan, Hilangkan Parcel Che Ani Premium

Amri Hassan
Amri Hassan
04/08/2025
06:22 MYT
Sponsor Banner
"Lebih 50% Barang Dipulangkan Rosak, Siapa Nak Tanggung?" - Kak Ani Kecewa Kakitangan Kurier Rosakkan, Hilangkan Parcel Che Ani Premium
Penyanyi dan usahawan terkenal, Noraniza Idris, meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti perkhidmatan penghantaran yang didakwa menjejaskan urusan perniagaan produk jenamanya, Che Ani Premium.
Dalam satu video yang tular di TikTok rasmi @cheanipremium, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menegur secara terbuka sikap cuai dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penghantaran yang menguruskan parcel pelanggan mereka.

“Tahu tak, lebih 50 peratus barang-barang yang dipulangkan semula kepada kami perlu diberikan refund hanya disebabkan kamu orang. Semua rosak! Habis dicampak walaupun dah ada sticker 'fragile'. Tak reti bacakah?” ujarnya kecewa.

Menurutnya, isu bukan hanya pada kerosakan fizikal semasa penghantaran, tetapi turut melibatkan kehilangan barang daripada bungkusan, walaupun parcel telah dibalut dengan rapi dan lengkap oleh pihaknya sebelum dihantar.
"Bos-bos syarikat penghantaran sekalian, kamu tahu tak, ada staf korang yang dah curi barang dekat parcel Che Ani Premium? Kami dah balut cantik-cantik, bila sampai, lain pula plastiknya. Bila buka, barang tak cukup. Siapa yang ambil?
"Apabila customer kami complaint, apa yang mereka dapat? Jawapan mudah; 'bukan salah rider, seller tak balut betul-betul'. Banyak cantik muka korang. Macam mana korang buat kerja macam ni? Tak amanah langsung," tambahnya.
Lebih menyedihkan, Kak Ani percaya bahawa insiden sebegini bukan hanya berlaku kepada pihaknya sahaja bahkan mungkin pernah melibatkan usahawan lain.
"Aku yakin bukan kami saja yang kena. Ramai lagi usahawan lain yang senasib, cuma mungkin tak bersuara. Tapi cukup sekali lagi perkara ni berlaku, kau siap!" tegasnya.
@cheanipremium Siapa lagi yang kena macam kami? Cuba Tag di comment.. Wahai pihak atasan J&T.. apa nak jadi dengan kualiti yang korang bagi ni? Tegur staff elok2, di maki balik.. macam mana nak maju business kalau pihak tengah menghancurkan perkembangan nya?! Mintak tolong boss2 J&T turun padang sikit! #jnt #fyp #fypシ #viral #trending ♬ original sound - CHE ANI PREMIUM
Che Ani Premium merupakan jenama yang memfokuskan kepada produk makanan warisan muruku, hasil usaha gigih Noraniza Idris untuk melestarikan tradisi melalui pendekatan keusahawanan.
View this post on Instagram
A post shared by ROASTER MASTER WORLD (@roastermasterworld)
Namun, insiden seumpama ini memberi kesan langsung kepada reputasi jenama, kepercayaan pelanggan, dan aliran kewangan perniagaan kecil.
Sehubungan itu, Kak Ani menyeru agar pihak-pihak berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil ringan terhadap amanah yang diberikan oleh para peniaga, khususnya usahawan kecil yang banyak bergantung kepada sistem penghantaran sebagai nadi operasi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Noraniza Idris
#Kak Ani
#Kurier
#Rosak
#Che Ani Premium
#muruku
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement