HIBURAN
"Lebih 50% Barang Dipulangkan Rosak, Siapa Nak Tanggung?" - Kak Ani Kecewa Kakitangan Kurier Rosakkan, Hilangkan Parcel Che Ani Premium
Penyanyi dan usahawan terkenal, Noraniza Idris, meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti perkhidmatan penghantaran yang didakwa menjejaskan urusan perniagaan produk jenamanya, Che Ani Premium.
Dalam satu video yang tular di TikTok rasmi @cheanipremium, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menegur secara terbuka sikap cuai dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penghantaran yang menguruskan parcel pelanggan mereka. undefined
Che Ani Premium merupakan jenama yang memfokuskan kepada produk makanan warisan muruku, hasil usaha gigih Noraniza Idris untuk melestarikan tradisi melalui pendekatan keusahawanan.
Namun, insiden seumpama ini memberi kesan langsung kepada reputasi jenama, kepercayaan pelanggan, dan aliran kewangan perniagaan kecil.
Sehubungan itu, Kak Ani menyeru agar pihak-pihak berkaitan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil ringan terhadap amanah yang diberikan oleh para peniaga, khususnya usahawan kecil yang banyak bergantung kepada sistem penghantaran sebagai nadi operasi.