Gaya Hidup
Lebih 570 Juta Pengguna Hampir Seluruh Dunia, Huawei Perkukuh Ekosistem HMS Di Pasaran Asia!
Dengan jumlah pengguna meliputi hingga 570 juta pengguna, Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei nampak gayanya telah memperkukuhkan lagi ekosistem Huawei Mobile Services (HMS) khususnya di peringkat Asia.
Menerusi majlis Asia Pasifik (APAC) Huawei Developer Day yang diadakan baru-baru ini di Singapura, pelbagai kelebihan dan manfaat telah dipaparkan buat kesemua 'developer' untuk membangunkan aplikasi berkualiti tinggi.
Presiden Huawei Bahagian Perkhidmatan Awanan, Zhang Ping’an berkata, sehingga kini HMS telah meliputi lebih 570 juta pengguna dari 170 negara.
Jelasnya HMS kini menyediakan pasaran global kemudahan seperti lima bahagian ini.
#1 Huawei AppGallery
#2 Huawei ID
#3 Huawei Themes
#4 Huawei Assistant
#5 Huawei Mobile Cloud
Tambah Zhang Ping'an, Huawei AppGallery yang telah mulakan perkhidmatan April 2018 telah meraih 390 juta pengguna aktif bulanan (MAU) secara purata. Jumlah muat turun pula sebanyak 180 Bilion setiap tahun!
"Menerusi Huawei AppGallery, pengguna boleh membuat carian dan sekali gus memuat turun aplikasi mudah alih daripada 18 kategori seperti permainan, pendidikan, gaya hidup, fesyen dan keperluan harian," katanya.
Difahamkan juga, sehingga kini sebanyak lebih 1 juta pembangun aplikasi telah berdaftar sebagai Huawei Developer.
Daripada jumlah itu 50,000 aplikasi telah diintergerasi kepada HMS.
Masa Depan HMS Untuk Malaysia?
Aplikasi menerusi HMS ini dijangka diperluaskan kepada perkhidmatan e-hailing, kewangan, pendidikan, makanan, hiburan dan gaya hidup untuk meningkatkan kandungan platform secara berperingkat di setiap negara.Malaysia pastinya tidak terkecuali!
Jadi bayangkan sekiranya pembangun aplikasi tempatan menggunakan sepenuhnya teras HMS ini untuk aplikasi di Malaysia? Pasti menarik!
Anda boleh lihat pelbagai lagi aspek HSM yang diperkenalkan Huawei sepanjang di Singapura baru-baru ini di bawah.
Must-Watch Video