"Lebih Bagus Cari 'Pondan', Yang Lain Kurang Lembut ..." - Keliru, Fazley Yaakob Cari Apa Di Bali?

Amri Hassan
Disember 31, 2018 03:15 MYT
Berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja, cef selebriti popular Datuk Fazley Yaakob berkongsi detik melucukan ketika di sebuah pasar raya.
Cerita Fazley, dia tergelak sendirian apabila dia dinasihati oleh seorang jurujual untuk membeli 'pondan' ketika sedang mencari tepung murtabak manis.
"Saya bertanya seorang lelaki di kedai runcit mana nak beli tepung murtabak manis. Dengan siapa saya boleh minta nasihat.
"Lalu lelaki tu jawab dengan penuh confiden, tapi saya yang garu kepala.
"Dia cakap 'Mas.. lebih bagus kalau cari PONDAN, yang lain kurang lembut, PONDAN lebih sempurna walaupun bukan kayak yang asli di tepi jalan! Cari PONDAN ya Mas, gak usah malu2 donk, saya juga senang sama PONDAN!'"
"Saya yang jadi segan sorang2 tadi sebab tak tahu saya kena buat apa sebenarnya, dan saya tanya diri saya balik “Aku salah tanya ke tadi eh?” Pening," kata Fazley.
Rupa-rupanya 'pondan' yang dimaksudkan adalah jenama produk tepung yang digunakan dalam pembuatan kek dan manisan di Indonesia.
"Sampailah saya terjumpa produk-produk ini di rak barang baking, barulah apa yang orang tu share dengan saya make sense!" tambah Fazley.
Entri perbezaan bahasa yang mencuit hati itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Malah, ada antara pelayar media sosial dari Indonesia yang tertanya-tanya apakah makna perkataan 'pondan' di Malaysia.
#Viral #Indonesia #Viral #Datuk Fazley Yaakob