Penyanyi Wany Hasrita akui pernah kecewa apabila terlalu meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah tertentu namun sebaliknya yang berlaku.

Jelas Wany, dia rela untuk tidak memenangi sebarang anugerah asalkan tawaran menyanyi masih lebat berbanding menang namun tawaran berkurang.

"Menang itu rezeki, kalau diberikan pilihan sama ada menang tapi tak banyak tawaran atau kalah tapi masih ada tawaran, saya pilih yang banyak tawaranlah.

"Sesiapa sahaja yang menang saya tumpang bangga dan tak ada pengalah, semuanya pemenang," katanya kepada HLive.

Kata Wany sukar untuk menduga kemenangan sesebuah acara anugerah seperti yang pernah dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 pada tahun lalu.

"Sesetengah orang cakap badi ABPBH, tapi tak tahu pula ABPBH ada badi.

"Setiap tahun pun begitu, saya pernah kali pertama ke anugerah besar sebegitu dan saya menjangkakan kemenangan tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Selepas itu setiap kali saya menghadiri acara anugerah saya nak berseronok bertemu kenalan dan menonton persembahan rakan artis.

"Sama seperti tahun ini, saya pergi dengan niat nak bergembira. Kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat tak mengapa, beri pada orang lainlah pula," tambah Wany.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).