Hiburan

"Lebih Baik Merahsiakan Pertunangan, Hebahkan Perkahwinan..." - Hafreez Adam

gempak
Zulaikha Yusof
13/10/2019
04:44 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Baik Merahsiakan Pertunangan, Hebahkan Perkahwinan..." - Hafreez Adam
Aktor Hafreez Adam tampil menjelaskan mengenai majlis pertunangannya dengan pelakon jelita Zara Zya yang diadakan dalam sebuah majlis tertutup semalam.
Jelas Hafreez, dia memohon maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal mengenai majlis yang diadakan di Kuang, Sungai Buloh itu.
"Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang.
"Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan".
"But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami," tulisnya.
Hafreez juga berharap agar semua pihak akan mendoakan kebaikan buat mereka.
"Dan kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua.
"Kepada sesiapa yang tersinggung, saya sebagai wakil pihak saya dan Zara, memohon maaf kepada semua.
"And terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam.
"Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya," tulisnya lagi di Instagram (IG) miliknya.
Hafreez dan Zara mengambil tempoh selama enam bulan hingga setahun sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik pada 8 September lalu.
BACA: Hafreez Adam Datang Merisik, Zara Zya Rahsiakan Atas Permintaan Keluarga
Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.
Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum. Semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang. Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”. But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami. Dan kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, Saya sebagai wakil pihak saya dan zara, memohon maaf kepada semua. And terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya ???. . . Venue : @whiteatilia Pelamin : @embunklasikbridalboutique Khemah : @rdkevents Makeup: @alhaalfa Hairdo : @ezal_ezlizan Pakaian : @syafieq_ayman Photographer : @faridismproduction Videographer : @faridismproduction Dulang hantaran : @izzarracollection Nails : @fabulash.my Inai : @melurizabyel Cake: @petitchef_cakes Ice cream: @aleas__closet Keropok lekor: @aien.lekor.sedap
A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live