Berita

"Lebih Baik Sujud, Kalaulah Tumbang Terlentang Tak Boleh Buat Apa Dah" - Sakit Amelina Bukan Propa!

gempak
Amri Hassan
14/10/2018
19:35 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Baik Sujud, Kalaulah Tumbang Terlentang Tak Boleh Buat Apa Dah" - Sakit Amelina Bukan Propa!
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina mendedahkan tindakan dia terduduk pada penghujung persembahannya bukan dibuat-buat.
Sebaliknya, badannya semakin lemah dan kakinya menggeletar hingga memaksa untuk dia duduk dan hampir bersujud.
"Badan saya menggigil, bukan senang nak kawal suara dan emosi. Lagu ini memerlukan saya groove ke sana kemari. Jadi, saya gunakan banyak tenaga.
"Saya tidak merancang pun untuk duduk dan bersujud pada hujung lagu, dalam fikiran saya kemungkinan untuk mendapat serangan darah tinggi adalah tinggi.
"Hati pula berbisik 'saya kena sujud' sebab kaki dah menggeletar. Kalau tumbang memang tak boleh buat apa dah. Tak tahulah hujung-hujung nyanyian saya malam tadi senonoh atau tidak?" katanya kepada Gempak.
Tambah Amelina, keadaannya semakin merisaukan apabila suaranya hilang sepenuhnya pada pagi semalam (Ahad) hingga terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
"Pagi semalam (Ahad) saya bangun dan sudah tiada suara langsung. Ketika full dress rehearsal, saya gagal mencapai not chorus.
"Datuk Ramli MS minta saya ke klinik, apabila doktor periksa keadaan saya katanya saya tak demam dan tekak pun tiada masalah. Tetapi suara tiada!
"Jadi, saya diberikan antibiotik untuk persediaan sebarang kemungkinan," katanya.
Punca sakit kata Amelina kerana terlalu tertekan dan memaksa diri untuk memberikan yang terbaik buat peminat dan keluarga yang tidak jemu-jemu menyokongnya.
"Saya rasa saya terlampau memaksa diri untuk buat yang terbaik. Jadi begini mungkin juga sebab stress," tambah Amelina.
Di sebalik pancaroba, Amelina bagaimanapun membuktinya dirinya masih gagah hingga berjaya kembali menduduki tangga teratas pada konsert ketiga GV5 malam tadi.
Melantunkan lagu Segalanya Pasti, Amelina mendapat standing ovation daripada juri termasuk Datuk Ramli MS.
Pada minggu keempat nanti, Amelina bakal menyanyikan lagu Tak Pernah Hilang bersama Sam Innuendo.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024