Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Lebih Emosi & Bukan Sekadar Kiasan” - ALYPH Pertaruh Single Adakah Kau Mendengar!

Hanafis Haris 04/12/2020 | 00:16 MYT

Setelah melalui fasa penjenamaan semula kepada nama ALYPH, rapper dan penerbit tersohor kini muncul dengan single terbarunya Adakah Kau Mendengar?.

Diterbitkan menerusi Def Jam Singapura, ALYPH atau nama sebelumnya Alif menjelaskan single terbarunya ini lebih menyentuh emosi dan bukan sekadar kiasan.

“Meskipun dunia diduga dengan pandemik, Adakah Kau Mendengar? tidak terbatas dengan topik tersebut.

“Sebaliknya lagu ini berkait dengan rasa kebimbangan disebabkan halangan kebebasan dan masaah tekanan, namun pada masa sama cuba untuk kekal waras, seperti keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Tambah ALYPH, dia juga memutuskan untuk tidak menjadikan lagu tersebut terlalu peribadi kerana dia merasakan bahawa setiap orang mempunyai cerita yang berbeza.

“Jadi, apa yang biasanya saya lakukan adalah menggabungkan dan membayangkan bagaimana perasaan beberapa orang dalam keadaan saya.

"Adakah Kau Mendengar? bukan permulaan baru tetapi pandangan yang lebih mendalam dan terperinci ke dalam minda dan jiwa.

“Sekiranya saya ingin berterus-terang, ini adalah saya sebenarnya", katanya.

Anda boleh dengar lagu berkenaan di bawah:

#rapper #Universal Music Malaysia #ALYPH
;