“Lebih Mahal Dari Erra Fazira”- Awie Dedah Ada Influencer ‘Demand’ Harga Tinggi!
Syafiqah Jalal
13/07/2023 01:37 MYT
13/07/2023 01:37 MYT
Penerbit film Sue-On, Datuk Awie mendedahkan terpaksa menggugurkan nama seorang influencer atau pempengaruh selepas meminta bayaran yang terlalu mahal dengan tawaran lakonan yang diberikan.
Menceritakan kembali mengenai perkara berkenaan, kata Awie, watak yang sepatutnya diberikan kepada influencer berkenaan adalah watak yang dilakonkan oleh Erra Fazira di dalam Sue-On.
“Watak Erra itu sebenarnya untuk influencer, tapi disebabkan dia demand terlalu tinggi dan lebih mahal daripada Erra. Jadi team saya telefeon influncer itu untuk menolak dia.
“Mungkin zaman sekarang, zaman influencer popular dalam media sosial belum tentu pun boleh tarik penonton. Saya hanya tengok gambar sahaja influencer itu.
“Ketika itu tanpa berfikir panjang, saya cuba menghubungi Erra dan menawarkan watak itu alhamdulillah dia bersetuju. Kebetulan dia tiada kerja waktu itu, tengah lapang,” katanya kepada Gempak.
Awie tidak menyangka Erra begitu mudah menerima tawarannya serta memuji sikap profesionalnya sebagai seorang aktres.
“Bayangkan watak itu tidaklah besar mana, tapi bila Erra yang pegang terus jadi luar biasa. Itu yang bagusnya bila bagi pada profesional, walau sedikit tapi besar maknanya.
“Erra punya bahagian sekejap je, dia datang shooting pun hanya satu hari. Saya tak nak bagi watak kecil macam itu kerana selepas ini ada plan watak besar untuk Erra.
Sue-On merupakan filem pertama terbitan Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Selain bertindak sebagai penerbit, Awie juga memegang watak utama sebagai Mat Dosa dalam filem seram komedi berkenaan.
Turut membintangi filem tersebut adalah Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Ropie dan ramai lagi.