Lebih RM3 Bilion Setahun Dicuri daripada Kegiatan Cetak Rompak
Maliah Surip
23/02/2021 14:35 MYT
23/02/2021 14:35 MYT
Penggiat industri kandungan tempatan di Malaysia menyambut baik tindakan terbaharu pihak berwajib dalam memerangi isu cetak rompak digital yang giat berlaku di negara ini.
Rata-rata pihak penggiat industri bersetuju bahawa hukuman yang dikenakan ke atas perbuatan cetak rompak digital adalah tidak setimpal. Pesalah-pesalah ini telah mengakibatkan kerugian ekonomi yang berterusan jika tidak dibendung, di mana impaknya menjejaskan penggiat industri dan seluruh ekosistem di negara ini.
Kerugian tahunan yang disebabkan kegiatan cetak rompak digital ini dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan hiburan. Ia juga melibatkan kehilangan sejumlah RM500 juta cukai pendapatan dan mengakibatkan beribu-ribu individu kehilangan pekerjaan.
Pada 8 Februari 2021,sebuah syarikat IT di Shah Alam adalah syarikat pertama telah didakwa di Mahkamah kerana melanggar Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual apa- apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut di dalam subseksyen 36A(3), Akta yang sama. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pengarah tersebut mengaku bersalah dan sedang menunggu hukuman di mahkamah pada 1 Mac ini.
Pada 16 Februari, seorang wanita berumur 46 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan memiliki enam (6) unit Kotak TV Media yang mempunyai aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah. Tertuduh dedenda sebanyak RM30,000 di bawah Seksyen 232(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menjadikan beliau sebagai pesalah pertama disabit kesalahan menjual peralatan perisian penstriman haram (ISD).
Datuk Yusof Haslam, Penerbit & Pengarah terkenal negara berkata, “Tanpa usaha dan keazaman dari pihak berwajib, kegiatan cetak rompak digital akan terus berlaku. Perbuatan mencuri ini bukan perkara baru dan perlu diatasi sebaik mungkin oleh pihak penguatkuasa.
"Saya kesal melihat retorik yang kosong tanpa membawa sebarang penyelesaian kepada isu sebenar. Tanpa undang-undang yang tegas, cetak rompak akan berterusan dan merebak seperti barah kepada industri kreatif negara dan penggiatnya.”
Laila Saat, Pengarah Kawal-Selia Astro berkata, “Kami mengalu-alukan tindakan yang dikenakan ke atas penjual Peranti Perisian Penstriman Haram (ISD) dan berjanji untuk terus bekerjasama dengan pihak berwajib dan rakan-rakan penyedia kandungan dalam menyampaikan mesej yang tegas bahawa cetak rompak adalah mencuri, haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Cetak rompak pada hari ini dilihat seakan-akan menjadi kebiasaan sehingga ramai yang terleka dan terlupa bahawa ia merupakan sebahagian dari perbuatan mencuri. Cetak rompak
adalah musuh utama industri, yang mana ia merompak hasil kerja setiap mereka yang terlibat dalam ekosistem kreatif tersebut; dari pelakon, penulis, penerbit, pengarah dan jurugambar, yang mana secara langsung menghalang sebarang pembangunan.
Jika cetak rompak dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan, ia akan membantutkan segala usaha yang dilaksanakan industri hiburan, kerana tiada mana-mana pihak yang akan membuat sebarang pelaburan ekonomi terutamanya ke atas kandungan-kandungan yang dikategorikan premium seperti “Piala Dunia FIFA”, kerana khuatir akan risiko ia dicuri dan dipasarkan secara haram.”
Zahrin Aris, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem (PFM) menambah, “Pada hari ini, penalti yang dikenakan ke atas mereka yang menggunakan kotak media mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta dilihat agak ringan. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada mereka. Nilai kerugian yang perlu ditanggung oleh kerana cetak rompak ini sudah tentu lebih tinggi dari hukuman denda yang hanya RM30,000.”
Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula berpendapat, “Cetak rompak digital yang menggunakan kaedah ISD ini telah lama membelenggu industri kreatif tanah air. Besar harapan kami agar sabitan hukuman yang dikenakan baru-baru ini bakal memberi sinar baharu kepada industri dan kes tersebut dijadikan penanda aras; seterusnya memberi keadilan kepada pemain industri kreatif tempatan khususnya, yang rata-rata merupakan mangsa kepada perbuatan jenayah ini.”
Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Pemasaran Star Media Group berkata, “Hukuman penalti yang dikenakan perlulah setimpal bagi mencerminkan impak buruk yang berlaku kepada penggiat industri. Kegiatan cetak rompak ini melibatkan penjanaan pulangan kewangan dan imbuhan diterima perlu dipantau serta hukuman sewajarnya perlu dikenakan kepada pelaku.”
Penggiat industri merayu kepada pihak kerajaan Malaysia untuk melakukan kajian semula ke atas undang-undang yang sedia ada. Ia tidak memberi perlindungan yang menyeluruh kepada pemilik hakcipta yang merangkumi setiap kerja-kerja kreatif yang diusahakan.
Cetak rompak digital perlu diperangi dengan memastikan hanya kandungan-kandungan yang distrim secara sah. Tindakan tegas perlu diambil ke atas laman sesawang dan platform e- dagang yang menyediakan penstriman haram dan penjualan ISD secara terang-terangan.
Kerjasama juga diperlukan dari semua pihak terutamanya daripada penyedia kandungan, stesen-stesen penyiaran, pihak pengawal selia, badan-badan berwajib dan pengguna, hinggalah ke syarikat telekomunikasi, penyedia perkhidmatan internet dan pemain e-dagang.
Kredit Foto: Haulix Daily