HIBURAN
Lebih Sedekad Dalam Industri, Perkataan ‘Give Up’ Tiada Dalam Kamus Hidup Wani Kayrie - “Setakat Ini Saya Tidaklah Rasa Agak Struggle Sebab…”
Hampir 15 tahun dalam industri seni suara, penyanyi, Wani Kayrie akui pernah terbit rasa putus asa dalam kamus hidupnya.
Namun bagi Wani atau Syazwani Abdullah semangat cintanya terhadap muzik dan sokongan peminat menjadi sumber kekuatan untuk terus berkarya.
“Rasa putus asa itu sudah tentu ada, sebab saya pun dah berada dalam industri sejak tahun 2010, macam-macam saya dah cuba.
“Cuma saya rasa orang menantikan sesuatu yang lain daripada saya dan InsyaAllah selepas raya saya akan hasilkan sebuah album, hadiah untuk peminat saya diluar sana,” katanya.
Menurut pelantun lagu Kamu Kamu untuk projek album kali ini, dia berjanji akan tampil dengan sesuatu yang segar dan berbeza.
“Untuk penghasilan album kali ini saya janjikan direction lagu saya akan ada nafas baharu kerana saya dah belajar mengenai pendengar-pendengar saya dan dah cuba macam-macam genre.
“Jadi untuk album ini anda akan dengar nafas, genrenya baharu cuma masih kekalkan idenditi saya,” ujarnya.
Mengulas tentang persaingan dalam industri muzik tempatan, Wani mengakui dia memahami hakikat bahawa pendengar kini mempunyai banyak pilihan. Namun, dia tidak pernah melihat hal itu sebagai satu masalah besar.
“Setakat ini saya tidaklah rasa agak struggle sebab saya pun dah mula dalam industri pada usia yang muda. Saya faham mungkin orang fikir saya ini sentiasa ada jadi sebab itu mereka lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu penyanyi lain.
“Bagi saya itu tidak menjadi masalah, asalkan saya sentiasa keluarkan naskah-naskah terbaharu setiap tahun dan bukan terus mendiam. Pernah saja jauh disudut hati saya berkata seronok kalau dapat jadi macam mereka.
“Saya pernah merasai berada di tempat mereka dan mereka juga pernah ada ditempat saya. Jadi apa yang saya kena buat adalah terus bekarya dan percaya masa itu akan tiba juga satu hari nanti,” tambah Wani.