Hiburan

"Lebih Selesa Guna Bahasa Inggeris Untuk Luah Perasaan" - Sasha Saidin

gempak
Asraf Aided
11/03/2020
10:21 MYT
Sponsor Banner
"Lebih Selesa Guna Bahasa Inggeris Untuk Luah Perasaan" - Sasha Saidin
Anggota kumpulan Elite dan bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Sasha Saidin lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris ketika meluahkan perasaan.
Menurut Sasha, dia sedar akan kepentingan Bahasa Melayu dan mahu mahir menguasainya dengan baik, namun ibunya yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sering memberi penekanan terhadap penggunaan bahasa itu.
Perkara itu dikongsi Sasha menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Bahasa jiwa bangsa, sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
"Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari darjah 1 sampai tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
"Mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik," tulisnya sebagai kapsyen.
Jelas Sasha lagi, perkara itulah yang membuatkan dia menjadi lebih cenderung untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
"Hasil daripada itu saya menjadi lebih cenderung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian saya," tulisnya lagi.
Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak? Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya. Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa. Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya. Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan. Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina. Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas. Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi." # p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah. ? Busana @yanscreation #SLSUmrahxZiarah2020 #SLS4eva #SirhanSashayedAway #TheJourneyOfTheSLS4eva #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfADevotedDomesticatedDamre #CommittedToTheCelopians
A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Anda boleh menyaksikan persembahan Sasha dan anggota Elite lain ketika mereka di pentas GV5 menerusi aplikasi Astro Go. Muat turun aplikasi Astro Go di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024