Laman Utama
Lebih Seminggu Dipenjara, Najib Dimasukkan Ke Hospital
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang menjalani tempoh 12 tahun penjara di Penjara Kajang, telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Pegawai beliau mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI, dan memaklumkan keadaan bekas Perdana Menteri itu sebagai stabil, dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.
"Ya Datuk Seri dalam keadaan stabil, dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang sewajarnya," kata Pegawai itu kepada Astro AWANI.
Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Must-Watch Video