Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lebih Seminggu Terlantar Di Hospital, Tabung Dana Kos Rawatan Nad Zainal Dilancarkan!

Syafiqah Jalal
30/11/2022 04:43 MYT
Setelah lebih seminggu terlantar di sebuah hospital swasta, satu tabung kecemasan mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilancarkan.

Tabung derma kilat berkenaan bagi menampung kos rawatan pelakon itu sejak dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.

Makluman mengenai tabung tersebut dikongsikan pengarah dan juga penerbit Shahrulezad menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Menurut Shaharulezad atau lebih dikenali sebagsi Budak Ijat di B, Tabung Kecemasan itu adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan
di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beban keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” tulis pengarah drama Cina Buta itu.

Pada masa sama, Shahrulezad turut meminta orang ramai menguar-uarkan kutipan derma tersebut, selain tidak putus berdoa agar Nad kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484.

Dalam hantaran sama, pemilik rumah produksi RadiusOne itu turut berkongsi alamat e-mel, nfo@assiddiqaid.com untuk penderma memberikan resit sebagai bukti sumbangan.

Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri Isnin lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.

Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin menunjukkan perkembangan positif dan difahamkan sudah beberapa kali membuka mata.

Biarpun hanya dalam tempoh singkat, kondisi terkini yang ditunjukkan pelakon Dendam Seorang Isteri itu nyata memberi kegembiraan buat semua.

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

#Nad Zainal #Dana #Rawatan #Tabung #Kos #Dilancarkan
;