GAYA HIDUP
Lebih Sopan & Eksklusif, 5 Fakta Menarik Tentang Koleksi Minaz Seluruh Jiwa
MINAZ kembali buat kejutan! Selepas 15 tahun mencipta fenomena dengan Blooming Raya, jenama ini kini melangkah ke fasa baharu dengan koleksi ‘Seluruh Jiwa’. Bukan sekadar koleksi biasa, tetapi membawa maksud yang lebih besar—gaya lebih eksklusif, lebih sopan, dan tetap stylish!
Apa yang buat koleksi ini next level? Jom tengok 5 fakta power tentang MINAZ ‘Seluruh Jiwa’!
1. Bye Blooming Raya
Lepas 15 tahun jadi fenomena dengan Blooming Raya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid, MINAZ kini ambil langkah berani untuk tutup babak lama dan buka buku baru dengan memberi fokus kepada abaya, hijab, dan telekung.“Tahun ini merupakan tahun terakhir buat Minaz Blooming Raya dan era baharu untuk jenama Minaz dengan pengenalan kepada Minaz Abaya, Basic dan Telekung. Dengan ‘direction’ baharu ini saya mengharapkan sokongan daripada Minaz Lovers agar koleksi ini terus mendapat sambutan hangat seperti Blooming Raya yang telah berada di pasaran selama 15 tahun.”
2. Mahu eksklusifkan aurat wanita
Tak cukup dengan reka bentuk yang classy, MINAZ juga nak bawa perubahan dalam dunia fesyen Muslimah dengan konsep lebih patuh syariah.“Sebenarnya tujuan saya melancarkan Minaz Basic kerana kami mahu mengeksklusifkan aurat para wanita, InsyaAllah.”
3. Abaya akan jadi trend baharu?
Abaya bukan lagi sekadar pakaian untuk Raya Haji, tapi MINAZ nampak potensi besar fesyen ni untuk jadi signature style harian!“Secara jujur, saya sangat gementar kerana Minaz Abaya masih baru di Malaysia, namun kami lihat ada trend di mana abaya bukan hanya digayakan sewaktu Raya Haji sahaja, namun ke majlis sosial atau rasmi. Syukur kami mendapat banyak respon positif selepas koleksi ini dilancarkan.”
4. Koleksi laku keras!
Tak sampai berapa lama lepas dilancarkan, hampir semua stok dah habis!“Kempen Seluruh Jiwa untuk Minaz Hijab sebanyak 200,000 helai tudung telah ditempah oleh stokis, manakala koleksi basic telah terjual 180,000 helai. Saya meletakkan harapan yang sangat besar kepada Minaz Hijab.
“Untuk koleksi raya, kami telah membuat tempahan awal dan hampir ‘sold out’ kerana trend orang membeli baru bermula. Namun saya sangat sebak dengan tempahan di luar jangka.”
5. ‘The New Chapter of MINAZ’
Kalau korang fikir ni pengakhiran buat MINAZ, korang silap besar! Ini baru permulaan fasa baru yang lebih power & eksklusif!“Memang ramai yang bertanya mengapa ini menjadi tahun terakhir Minaz Blooming Raya. Alhamdulillah kami berjaya mewarnai industri fesyen, namun jujur saya akan merindui momen setiap pagi raya kerana saya adalah orang yang paling teruja untuk menunggu Minaz Lovers ‘tag’ raya ‘ootd’. Saya akan merindui detik-detik itu, namun saya yakin dengan pembaharuan yang dibawa, ia akan memberi ‘vibe’ yang sama. Mungkin selepas ini Abaya akan menjadi signature Minaz.”
Bukan sekadar koleksi baru, ‘Seluruh Jiwa’ juga melambangkan kepelbagaian, eksklusiviti, dan kematangan jenama MINAZ dalam dunia fesyen.
Must-Watch Video