Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lebih Variasi & HD! Peminat Sukan Dah Boleh Layan Astro Arena 2 Bermula Hari Ini!

Hanafis Haris
01/10/2021 09:09 MYT

Berita baik untuk peminat sukan, Astro Arena 2 kini disiarkan di saluran 802 dan penonton boleh menikmati pengalaman tontonan dalam definisi tinggi (HD) yang disediakan.

Tambah menarik, Arena 2 juga menyajikan kandungan sukan luar negara dalam Bahasa Malaysia termasuk pra rancangan untuk pelbagai sukan seperti Bundesliga, NBA, Formula One, Moto GP dan liputan berita sukan antarabangsa.

Selain itu, terdapat juga program-program khas seperti Borak-Borak Bodak, Berbulu Dengan Burn, Bola Itu Life serta program lain yang menarik untuk tontonan generasi muda kini.

Difahamkan, saluran baru ini telah melengkapkan variasi saluran sukan yang ditawarkan Astro dengan menyediakan kandungan sukan antarabangsa dengan sajian serta persembahan yang lebih tempatan untuk peminat di Malaysia.

Selain Arena 2, peminat sukan juga boleh menikmati kepelbagaian

kandungan sukan antarabangsa lain apabila kini Astro telah melancarkan dua lagi saluran baru.

Saluran tersebut termasuklah Astro SuperSport 5 (Saluran 815) dan SPOTV (Saluran 816) bermula 1 Oktober ini.

Apapun jangan lupa saksikan Astro Arena 2 di saluran 802 bermula hari ini!

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

#Viral #Sukan #Astro #Sport #AstroArena #Arena2