Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lebur Pinggan Plastik Dalam Ketuhar, Gadis Ini Dituduh Tak Pandai Masak

Zulaikha Yusof
09/07/2020 05:00 MYT
Seorang pengguna Twitter yang bernama Aina Farisya, 16, menerima kritikan hebat wargamaya selepas berkongsi kejadian meleburkan pinggan jenis Tupperware milik ibunya secara tidak sengaja di dalam ketuhar.

Ketika dihubungi Gempak, Aina mendedahkan ibunya hanya terkejut dengan tindakannya menggunakan pinggan plastik untuk membakar pizza.

"Sebenarnya insiden tu berlaku petang semalam dalam pukul 3.30 petang. Saya mula-mula takut juga nak bagitahu mama mengenai apa yang terjadi.

"Masa mama tahu, dia terkejut tapi tak marah. Cuma bebelan tu tetap ada sikit. Mama cakap habislah pinggan dia, nasib ada banyak lagi. Dahlah memang itu favourite dia sebab Tupperware kan," katanya.

Tegas Aina, dia bukan sengaja berbuat demikian semata-mata untuk viral di media sosial.

"Ya Allah, masa tu serius saya tengah lapar. Tak tahulah kenapa dengan otak saya. Niat saya kongsikan kepada pengikut hanya sekadar hiburan. Tapi tak sangka banyak pula komen negatif.

"Saya manusia biasa, mestilah ada timbul perasaan marah dan terasa hati. Tetapi mereka semua hanya tahu menghukum saja.

"Saya maafkan walaupun ada yang kata saya bodoh. Saya harap sangat buli siber ini tidak wujud di dunia," katanya lagi.



Dalam pada itu, Aina menepis dakwaan yang mengatakan dia tidak pandai memasak.

"Saya pandai masak. Orang selalu menyalahkan sebab satu kesilapan yang kita buat. Tak semestinya gagal buat pizza kemudian gagal dalam segalanya," katanya menutup perbualan.

Perkongsian yang mendapat 30,000 kicauan (retweet) itu mendapat respon daripada Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

"Bagi alamat, saya belanja dua pizza baking tray. Cakap mak saya bantu ganti ok?" tulisnya di ruangan komen.


#Pizza #Cheese #Ketuhar #Pinggan Lebur