Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Lee Chong Wei Main Untuk Malaysia Kita Sokong Je Kan?” - Dr Izzar Anwari Bosan Isu Perkauman Malaysia Tak Pernah Tamat

Izwan Isa
23/11/2022 03:50 MYT
Suami kepada pelakon Umi Nazeera, Dr Izzar Anwari berharap agar pergaduhan tentang isu perkauman yang sedang hangat diperkatakan kini dapat dihentikan.

Menerusi kemas kini di Instagramnya, Dr Izzar berkata, isu melibatkan perkauman sering menjadi ‘mainan’ sejak dia masih belum mendirikan rumah tangga sehinggalah ke hari ini.

“Dah dah lah tu duk bergaduh isu perkauman. Bosanlah. Dari zaman saya single hingga dah anak dua sekarang pun ada je isu ni. Sebenarnya kita semua ni saling memerlukan. Perlu toleransi dan saling memahami.

“Boleh bayangkan hidup tanpa mamak? Tanpa kopitiam? Tanpa kedai nasi campur tu? Tanpa bazar Ramadan?

“Lee Chong Wei main untuk Malaysia kita sokong je kan? Kita siap stop kejap solat tarawih masa tournament bulan puasa dulu nak support dia. Coach K. Rajagobal boleh je handle pemain-pemain Melayu untuk menjuarai SEA Games dan Suzuki Cup,” katanya.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)


Dr izzar menambah, dia rakyat Malaysia perlu sentiasa membuka minda jika tidak mahu rugi di kemudian hari.

“Saya pun happy je dengan kawan-kawan saya. Tiada isu pun dengan mereka. Kalau ada isu tak payahlah kawan. Tak kisahlah Melayu ke tak. Senang.

“Bukalah minda. Bukannya suruh tinggalkan pegangan. Kalau tak, kita semua yang rugi.

“Harap kita semua dapat menggunakan media sosial untuk berkongsi benda-benda positif. Barulah kebaikan tersebar. Duk fikir negatif dan complain benda-benda tak baik, kutuk sana sini macam dia yang paling bagus, annoying sebenarnya,” tutup Dr Izzar.

Sejak beberapa hari yang lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu perkauman yang dicetuskan oleh pengguna platform TikTok.

Peristiwa 13 Mei dijadikan sebagai subjek momokan bagi sesetengah pihak di media sosial, sehinggakan pihak polis mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan yang bakal dikenakan jika hal tersebut berlarutan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Dr Izzar Anwari #Isu Perkauman #Umi Nazeera