Jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei mengimbas semula momen terindah ketika membawa bendera Malaysia ketika perarakan sukan Olimpik di Rio de Jeneiro, Brazil pada 2016.
Cerita Chong Wei, dia terpaksa menahan kesakitan tangan kirinya yang cedera sebelum membawa panji kebanggaan negara ketika pembukaan temasya itu.
"Kami tengah warm-up di stadium dalam persiapan menghadapi sukan Olimpik, diminta training yang lagi intensif.
"Malang sungguh tak berbau, dalam satu pukulan lift, raket terpukul tangan kiri. Tergamam semua.
"I ingat mungkin fracture patah tangan kiri aku. Nasib baik selepas diperiksa doktor, tulang selamat tapi perlu dibalut ais untuk meredakan bengkak.
"Baru ingat nak main kibar bendera macam wayang perang Samurai, terus jam. Amboi! Berat juga si Jalur Gemilang ni! Sakit sangat tangan kiri I nak angkat.
"Diperhatikan kesukaran saya oleh rakan sepasukan, ada yang suruh saya rehat, biar orang lain yang bawa bendera.
"Saya pun minta Sue Bock dapatkan pita selofan dan balutkan tiang bendera dengan tangan I. Biar tambah sekongan dan supaya tidak terlepas bendera kita nanti," kongsinya penuh bersemangat.
(Merdeka Post Part 1) “Chong Wei! Pi depan naikkan bendera!” Selalu jgak I kena tegur cikgu disiplin, kantoi borak dgn member time perhimpunan sekolah. Sengaja I main naik bendera laju-laju sebelum tamat lagu Negaraku. Kawan-kawan gelak sambil nyanyi. Cikgu disiplin nak marah tapi tak boleh lagu Negaraku masih jalan. Kenangan nakal Chong Wei. Ha! Dua puluh tahun kemudian, kami tengah warm-up di stadium Rio centro Pavilion, dalam persiapan menghadapi sukan Olimpik. Motivasi masa itu memang setinggi Gunung Kinabalu. Diminta training yang lagi insensif. Malang sungguh tak berbau, dalam satu pukulan lift, raket terpukul tangan kiri. Tergemam semua. I ingat mungkin fracture patah tangan kiri aku. Nasib baik selepas diperiksa doktor, tulang selamat tapi perlu dibalut ais untuk meredakan bengkak. Petang tu, kami team Malaysia semua beransur ke Stadium Maracana. Perempuan pakai baju kebaya oren. Lelaki pakai songkok dan baju Melayu oren. Memang team paling ensem paling lawa malam tu. Pihak penganjur datang membawa bendera Malaysia. CDM Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid mengajukan jari kepada saya. Budak nakal yg suka main bendera inilah pembawa bendera khas negara temasya itu. Baru ingat nak main kibar bendera mcm wayang perang Samurai, terus jam. Amboi! Berat juga si Jalur Gemilang ni! Sakit sangat tangan kiri I nak angkat. Diperhatikan kesukaran saya oleh rakan sepasukan, ada yang suruh saya rehat, biar orang lain yang bawa bendera. “Chong Wei, anak saya tengah tunggu depan tv, nak tengok you bawa kita masuk stadium”, kata pula Muhaimin pegawai rasmi pasukan. Tidak mungkin saya menghampakan jutaan rakyat Malaysia di rumah. Game memang penting, tanggungjawab terhadap Jalur Gemilang dan Negara lagilah penting......
Tambah Chong Wei, ketika perarakan bermula, dia akhirnya menitiskan air mata tanda bangganya menjulang bendera Malaysia di persada dunia.
"Kemudian, mulalah perakaran team Malaysia ke dalam Stadium Maracana.
"Terbasah sikit jugak di mata. Bukanlah kerana sakit di tangan, tetapi kebanggaan menjulang bendera Malaysia, menjulang harapan jutaan rakyat Malaysia, menjulang nama negaraku, rumahku, Malaysiaku," kongsinya lagi.
(Merdeka Post Part 2) Saya pun minta Sue Bock dapatkan pita selofan dan balutkan tiang bendera dengan tangan I. Biar tambah sekongan dan supaya tidak terlepas bendera kita nanti. Beberapa minit sebelum perarakan masuk ke dalam stadium, sempat juga saya berborak ngan kontijen Madagasgar yang beratur di depan kami. “Cantik bendera kamu, tapi rumit. Tak seperti bendera kita, simple je”. Entah dari mana datangnya semangat, pandai pula saya jawab. “Brother, ini bukan sekadar bendera. Ia lambang perpaduan satu keluarga besar. Ia Negara saya. Ia satu tempat di mana keharmonian dan kebahagian dihargai and dikecapi. Ia keluarga saya, rumah syurga saya.” Kemudian, mulalah perakaran team Malaysia ke dalam Stadium Maracana. Terbasah sikit jugak di mata. Bukanlah kerana sakit di tangan, tetapi kebanggaan menjulang bendera Malaysia, menjulang harapan jutaan rakyat Malaysia, menjulang nama negaraku, rumahku, Malaysiaku. Selamat Hari Jadi ke-63, Malaysiaku. ??