Lee Chong Wei Tak Berniat Jadi Coach, Nak Terus Lepak Di Malaysia - “Layan Bazar Ramadan, Tunggu Open House”

Azwa Rahman
April 8, 2022 03:50 MYT
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memaklumkan beliau belum berminat untuk menjadi jurulatih walaupun menerima banyak tawaran dari luar negara.
Menerusi laman sosial Twitter, Chong Wei berkata, buat masa ini beliau memilih untuk tidak meninggalkan negara dan mahu menikmati kemeriahan bazar Ramadan dan rumah terbuka Aidilfitri.
“Memang benar Chong Wei dapat tawaran, sudah pasti Chong Wei masih cinta terhadap sukan badminton, tetapi masa sekarang Chong Wei tidak berniat untuk menjadi pelatih.
“Chong Wei akan terus lepak di Malaysia, layan bazaar Ramadan dan tunggu jemputan open house Raya,” tulis beliau menerusi satu ciapan.

Memang benar ChongWei dapat tawaran, sudah pasti ChongWei masih cinta terhadap sukan badminton, tetapi masa sekarang ChongWei tidak berniat untuk menjadi pelatih. ChongWei akan terus lepak di Malaysia, layan bazaar Ramadan dan tunggu jemputan open haus Raya. ? pic.twitter.com/hluT43Wstw

— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) April 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya melihat keputusan Chong Wei itu dari sudut yang positif dan tidak kisah dengan apa jua keputusan yang akan diambilnya kelak.
“Kalau Dato dah terbuka hati nanti, pergilah negara yang dah establish dalam dunia badminton, boleh di bawa balik ke Malaysia di kemudian hari,” komen seorang wargamaya.
Be a coach whenever you're ready. You do you!!” sokong seorang wargamaya.
Enjoy your days off but do teach sth some day! the sport needs ur experience,” cadang seorang wargamaya.
“Ya rehat la legend. Enjoy your family time. You pun sudah banyak duit maa,” usik seorang wargamaya.
Yeah we still love you no matter what your decision is,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 13,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Chong Wei menerima beberapa tawaran luar bagi melatih skuad badminton dari beberapa negara Asia.
Pada Jun 2019, Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
#Lee Chong Wei #Pasukan badminton Malaysia #Jurulatih badminton