Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

Maliah Surip
05/07/2024 14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.

Begitu juga dengan penyanyi, pelakon dan model Lee Hyori.


Cuba lakukan botox


Menerusi satu video yang dikongsikan produk Pulmuone, Hyori, 45, yang tampil bersama Kwanghee bercakap mengenai pembedahan plastik.

Menurut Hyori dirinya sudah tidak meyakini operasi pembedahan plastik. Semuanya kerana dia tidak melihat hasil yang seperti diinginkan selepas menjalani satu prosedur kecantikan.

“Saya sebenarnya suka natural jadi saya tidak banyak melakukan perubahan pada wajah saya.

“Namun seiring waktu berjalan saya juga semakin tua dan mempunyai banyak komitmen dengan produk komersial.

“Jadi saya cuba melakukan Botox pada sekitar tepi bahagian mata.

“Bagaimanapun saya tidak boleh tersenyum bersama mata saya setelah itu. Jadi saya berhenti dan tidak melakukannya lagi,” dedah Hyori seperti dilaporkan AllKPop.

Bukan hanya Botox, Hyori turut mencuba satu lagi prosedur kecantikan lain.

“Saya juga pernah mencuba teknik laser untuk mendapatkan kulit lebih tegang sekaligus kelihatan muda beberapa kali. Namun saya tidak melihat perubahan mungkin kerana kulit saya terlalu nipis,” katanya lagi.

Dan selepas beberapa kegagalan melakukan prosedur kecantikan tersebut, Hyori tidak lagi berharap kepada teknik tersebut.
#Artis Korea #Botox #Lee Hyori
;