gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zehra Zambri Lega Kes Cerai Capai Kata Sepakat - “Tapi Tak Dapat Selesaikan Hari Ini Kerana Keadaan Saya Tidak Suci”
HIBURAN
Esok Birthday, Anna Jobling Masih Kunci Mulut Kemelut Dengan Ibu... Netizen Luah Simpati - "Kasihan, Anak Tunggal Bapa Dah Meninggal ..."
HIBURAN
“Macam Mana Pun Saya Tetap Akan Ceraikan Dia” - Suami Zehra Zambri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lee Jong Suk & Mun Ka-Young Terharu Dapat Kejutan Kek Istimewa, Seronok Datang Malaysia

Mya Amri
Mya Amri
11/08/2025
15:22 MYT
Sponsor Banner
Lee Jong Suk & Mun Ka-Young Terharu Dapat Kejutan Kek Istimewa, Seronok Datang Malaysia
Pelakon Korea popular, Lee Jong Suk dan Mun Ka-Young hadir ke Malaysia bagi mempromosikan drama terbaharu mereka berjudul Law and The City.
Kehadiran pasangan hero dan heroin itu di sidang media Law and The City yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur juga disambut meriah oleh rakan media pada Isnin.
Jong Suk kelihatan begitu kacak memakai suit serba hitam manakala Ka-Young pula nampak cantik dengan gaya kasual.

Kejutan kek istimewa

Ketika sidang media berlangsung, Jong Suk menyatakan rasa terharu dengan sambutan dan sokongan daripada peminat mereka di Malaysia.

“Semangat dan sokongan yang ditunjukan oleh mereka yang hadir untuk bertemu kami sangat mengangumkan.“Ini juga merupakan kali pertama saya datang ke negara ini saya berada sangat bersyukur dan gembira dengan momen seperti ini.

“Saya juga sangat seronok sepanjang berada di sini dan akan pulang dengan kenangan manis bersama anda semua,” ujarnya.
Manakala Ka-Young pula mengakui berasa sedikit gementar namun seronok dapat bertemu peminat di Malaysia.
“Ramai sangat yang hadir untuk bertemu kami semalam (Ahad), untuk pertama kali setelah sekian lama membuatkan saya rasa sedikit gementar,” katanya.
Lebih istimewa lagi, sebelum sidang media berakhir terdapat kejutan yang disediakan khas buat mereka berdua.
Kejutan itu merupakan dua biji kek comel bagi meraikan kedatangan mereka ke Malaysia.
Jong Suk dan Ka-Young juga kelihatan teruja sebaik sahaja melihat kek istimewa tersebut.
Terdahulu, Jong Suk dan Ka-Young menghadiri acara tayangan episod akhir bersama peminat di Malaysia pada 10 Ogos 2025 (Ahad).
Topic Berkaitan
#Drama
#Lee Jong Suk
#Malaysia
#Kek
#Law In The City
#Moon Ga Young
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement