Hiburan
Lee Kwang Soo Kembali Sertai Running Man Selepas Kemalangan
Agensi King Kong by Starship yang menaungi bintang popular Korea, Lee Kwang Soo mengesahkan selebriti itu akan kembali ke Running Man menerusi siaran pada Isnin.
Satu 'teaser' iklan mengenai episod terbaru Running Man itu memperlihatkan kemunculan semula Kwang Soo.
Memetik laporan Soompi, bintang itu kembali selepas berehat akibat terlibat dengan kemalangan pada 15 Februari lalu.
"Kondisi Kwang Soo semakin baik. Namun begitu, dia tak pulih sepenuhnya.
"Kwang Soo masih lagi menjalani rawatan. Pada masa yang sama, dia masih perlu berhati-hati," kata wakil agensi terbabit.
Disebabkan kemalangan terbabit, Kwang Soo mengalami patah pergelangan kaki kanan dan terpaksa melakukan pembedahan.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video