Hiburan
Lee Min Ho Akui Kerap Tergelak Lihat Reaksi Wajah Jun Ji Hyun
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho akui senang bekerjasama dengan aktres Jun Ji Hyun menerusi drama terbaru, Legend of The Blue Sea.
Lee Min Ho, 29, berkata hubungannya dengan pelakon wanita utama drama tersebut tidak begitu rapat pada mulanya kerana belum pernah bergandingan dalam mana-mana produksi sebelum ini.
“Bagi saya, Jun Ji Hyun mempunyai satu aura yang kuat dan jika melihat cara saya bekerja amat berbeza dengan dia.
“Jadi perkara itu membuatkan kami mengambil masa untuk menjadi rapat, selain itu, ini merupakan kali pertama saya digandingan bersamanya.
“Secara jujur, pada mulanya memang timbul rasa kurang selesa dan kekok apabila berlakon bersama tapi kami menjadi semakin rapat selepas menjalani penggambaran di luar negara.
“Di sana barulah kami berpeluang merakamkan banyak scene bersama dan kalau nak tahu kami menjadi rapat selepas melakonkan babak bergaduh.
“Kami kemudiannya menjadi kawan rapat sehingga sampai satu tahap bila melihat reaksi wajahnya pun boleh buat saya tergelak, lebih-lebih lagi bila dia kelihatan 'blurr'," katanya.
Berbicara mengenai lakonan, Lee Min Ho menjelaskan dia memilih untuk membuat comeback menerusi Legend Of The Blue Sea kerana ingin bekerjasama dengan ‘ParkJinJun”.
“Saya sangat teruja sebaik saja ditawarkan untuk berlakon drama ini kerana mempunyai gabungan tiga nama besar iaitu ‘ParkJinJun’.
“Park Ji Eun merupakan penulis lakon layar drama popular My Love from The Star, Jin Hyuk pula kerana saya pernah bekerjasama dengannya menerusi drama The Inheritors dan akhir sekali kerana Jun Ji Hyun.
“Saya rasa hasilnya pasti sangat hebat dan dapat bekerjasama dengan mereka merupakan satu penghargaan buat saya,” katanya yang menggelarkan tiga nama besar itu sebagai ‘ParkJinJun’.
Dalam perkembangan lain, Legend Of The Blue Sea telah menjadi fenomena selepas dua episod pertamanya ditayangkan.
Drama tersebut berjaya memecahkan rekod drama paling popular Descendants of The Sun (DOTS) dengan mendapat rating sebanyak 16.4 peratus.
Manakala DOTS rekod DOTs pula ialah 14 peratus selepas dua episod pertama drama tersebut ditayangkan awal tahun ini.
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang puteri duyung terakhir dunia dengan jejaka yang merupakan pemnyelamatnya.
Duyung (Jun Ji Hyun) cuba untuk menyesuaikan dirinya di dunia manusia selepas dikurniakan sepasang kaki. Bagaimanapun tanpa diduga penyelamatnya (Lee Min Ho) merupakan seorang penipu yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit.
Pelbagai perkara mencuit hati yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua.
Jangan lupa saksikan Legend of The Blue Sea yang bersiaran setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).
Teks oleh: Mya Amri