Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho tidak dapat lupakan kenangan hidup selama lima bulan sebagai watak Heo Jun Jae dalam drama Legend of The Blue Sea.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat melalui agensinya, Lee Min Ho berkata watak Heo Jun Jae sangat menyeronokkan dan dia berterima kasih kepada peminat yang menyukai lakonannya.

“Legend of The Blue Sea sudah sampai k penghujungnya dan jujur saya katakan saya sangat seronok menjadi Heo Jun Jae.

“Selama lima bulan hidup sebagai watak itu apa yang saya alami semuanya perkara yang menyeronokkan. Bagi saya ia adalah watak yang sangat ‘fun’.

“Saya tidak akan berada di sini kalau bukan kerana peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kepada saya dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak akan lupakan ‘cinta’ yang diberikan oleh peminat terhadap kerjaya lakonan saya dan saya janji akan memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, heroin drama tersebut, Jun Ji Hyun mendedahkan tidak mudah untuk membawakan watak sebagai seekor duyung.

“Banyak perkara yang saya fikirkan ketika bawa watak sebagai duyung dan saya akui memang sangat mencabar.

“Saya perlu bersedia tidak kira sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Namun bila lihat hasilnya saya amat berpuas hati dan seronok dapat bekerjasama dengan kru-kru produksi drama tersebut.

“Sokongan yang diberikan oleh produksi dan peminat amat saya hargai. Saya rasa saya tidak akan dapat lupakan kenangan bersama team produksi Legend of The Blue Sea.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana menjaga kami sepanjang penggambaran selama enam bulan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Terima kasih dan saya sayang anda semua,” ujarnya.

Kepada peminat Legend of The Blue Sea, jangn lupa saksikan kembali drama tersebut yang akan ditayangkan dua episod sekaligus pada 28 dan 29 Januari ini bermula jam 12.45 petang.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Allkpop