Penyanyi Lan Solo memohon agar orang ramai mendoakan keadaan ibunya yang dimasukkan ke hospital akibat serangan stok.

Lan berkongsi berita sedih itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini berkenaan, Lan berkongsi detik cemas disaat ibunya jatuh pengsan dan mereka bergegas membawanya hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Assalamualaikum… Pertama sekali kami minta maaf pada semua yang menghubungi atas urusan kerja mahupun urusan keluarga sepanjang hari ni.

“Kami tak mampu nak membalas dan jawab panggilan… Seawal pagi tadi, mama kami tiba-tiba collapse dan kami menguruskan mama sampai sekarang...

“Sehingga kini, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital. Ini bermakna, kami akan banyak berada di hospital selama mama admitted.

“Kepada yang bertanya… Mama kena serangan stroke / left brain damage. Buat masa ini, masa kami dan ahli keluarga lain memang akan bersama mama.

“Untuk kenalan di sini, besar harapan kiranya kalian dapat bantu doakan mama dapat kembali seperti sediakala.

“Untuk keluarga jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye. Lan / Sheila (Ain),” tulisnya.

Assalamualaikum.. 1st of all.. kami mintak maaf pd semua yg call atas urusan kerja mahupon urusan keluarga spjg hari nie.. kami x mampu nak reply dan jawab call.. seawal pagi tadi,Mama kami suddenly collapse dan kami menguruskan mama smpi skrg.. . As for now, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital.. . Ini bermakna, kami akan byk berada di hospital selama mama admitted.. . Kpd yg bertanya.. mama kene serangan stroke / left brain damage.. buat masa ini,masa kami dan ahli keluarga lain mmg akan bersama mama.. . Utk kenalan di sini.. besar harapan kiranya kalian dpt bantu doakan mama dpt kembali seperti sediakala.. . Utk family jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye.. . - Lan / Sheila (Ain) -

A post shared by LAN SOLO ?? (@lansolo_official) on


Dalam pada itu menerusi ruangan, rakan artis antaranya Syura Badron, Tomok, Fitri Harris, Aishah dan Marsha juga turut mendoakan kesejahteraan ibunya.


Bagaimanapun, sehingga kini Lan masih belum memberikan sebarang perkembangan terkini mengenai ibunya.

Sama-sama kita doakan…