Lega, Tak Perlu Sorok Lagi - Isteri John Legend Dedah Hamil Anak Kedua

Mya Amri
November 23, 2017 14:45 MYT
Isteri kepada penyanyi terkenal, John Legend, Chrissy Teigen akui berasa lega selepas mendedahkan berita kehamilannya kepada umum.
Chrissy meluahkan perkara tersebut menerusi akaun Snapchat baru-baru ini.
Malah Chrissy juga turut memuat naik foto yang merakamkan ‘baby bump’ yang semakin kelihatan.
“Saya sangat teruja untuk memberitahu berita gembira ini kerana tidak perlu menyembunyikan lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, Chrissy juga turut berkongsi satu video pendek di akaun Instagramnya.
Video itu menunjukkan anak pertama pasangan itu, Luna Simone menggosok perut ibunya sambil menyebut ‘baby’.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
John dan Chrissy berkahwin pada September 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada April tahun lalu.
Foto: The Insider
Video: Instagram Chrissy Teigen
#Penyanyi #Penyanyi #Artis Hollywood #John Legend