"Legend Is Back" - Hebat Tok Ti, Album Belum Lancar Tapi ManifestaSITI2020 Dah Trending Di Twitter!

Hanafis Haris
Jun 22, 2020 16:41 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuatkan ramai peminatnya tidak senang duduk apabila memuat naik satu video 'teaser' mengenai album terbarunya.
Video berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.
Menerusi posting berkenaan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti menjelaskan album terbarunya berjudul ManifestaSITI2020 dan akan dilancarkan pada 3 Julai ini.
"Definisi Manifestasi ialah perbuatan melahirkan, menjelaskan, atau menyatakan sesuatu.
"Memanifestasikan melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu
"Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan. Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan," katanya.
Posting tersebut kemudian membuatkan netizen teruja khussnya peminat penyanyi nombor satu negara itu sendiri.
Rata-rata menganggap kemunculan album terbaru Tok Ti sebagai mengubat kerinduan mereka.
Tidak cukup dengan itu, hashtag #ManifestaSITI2020 telah pun trending di Twitter biarpun album berkenaan belum dilancarkan.
Untuk rekod, kali terakhir Tok Ti mengeluarkan album adalah pada tahun 2017 menerusi SimetriSiti.
#Siti Nurhaliza #Tokti #ManifestaSITI2020