Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Legend Is Back! Senariounion Nak Mai Dah, Saiful Apek Siap Kongsi Lokasi Terkini ‘Warung Azlee Dan Mazlan’

Mya Amri
08/07/2021 00:50 MYT
Pelawak dan pelakon Saiful Apek berkongsi berita gembira buat peminat kumpulan popular, Senario.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Intagramnya, Apek memaklumkan Senario yang kini dikenali sebagai Senariounion bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, Apek juga turut memberikan gambaran dengan berkongsi foto terbaharu lokasi perniagaan Azlee dan Mazlan yang pernah popular dalam satu babak lakonan mereka sebelum ini.

Apek juga berharap filem Senariounion yang diarahkan oleh Aziz M Osman ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap Senario.

#ComingSoon nantikan filem SENARIOUNION dan doakan kami, semoga dipermudahkan segala urusan.

"Lokasi terkini warung Azlee dan Mazlan filem ni pastinya akan diingati sepanjang zaman. Antara filem Senario yang paling best pernah tercipta. Sarat dengan segalanya. Terima kasih Aziz M Osman,” kongsinya.

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya sudah menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton.



Sebelum ini, Senario juga pernah muncul dengan drama dan filem seperti Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Senario XX dan banyak lagi.
#Senario #Saiful Apek #Senariounion