Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Aktor legenda Sir Sean Connery dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Menurut laporan BBC.com, pemegang watak ikonik James Bond ini menghembuskan nafas terakhir di dalam tidurnya di Bahamas setelah dilaporkan tidak sihat untuk beberapa waktu.

Salah seorang anak lelakinya, Jason Connery mengatakan kepergiaan ayahnya dikelilingi oleh banyak ahli keluarga mereka.

"Ini adalah hari yang menyedihkan buat kami dan seluruh orang yang mengenalinya. Ini adalah kehilangan yang menyedihkan buat semua yang pernah menikmati 'hadiah' yang diberikan aktor ini," katanya.

Aktor itu meninggalkan isterinya, Micheline dan dua anak lelakinya, Jason dan Stefan.

Karier Connery bermula lebih berdekad lalu dan pernah membawa pulang Oscar pada tahun 1988 menerusi lakonannya sebagai polis dalam filem The Untouchables.

Selain cukup terkenal dengan karakter James Bond, Connery juga membina imej yang baik menerusi lakonan di filem seperti The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade dan The Rock.

Kredit Foto: BBC.com