Susulan kejayaan telefilem Legenda Puteri Bulan dan Legenda Puteri Felora, Astro Ceria kini kembali membawakan siri pertama daripada francais Legenda yang berjudul Legenda Puteri Qaseh.

Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana Zainol Kamar berkata, Astro Ceria sentiasa mempunyai kapasiti dan kemampuan yang mampu menjana kandungan yang lain daripada lain, selain dipenuhi dengan elemen magis dan juga fantasi.

“Kisah fantasi begitu sinonim dengan golongan muda lebih-lebih lagi apabila minda usia sebegini begitu reseptif terhadap imaginasi yang tiada batasan. Tatkala usia beginilah, kebanyakkan mereka ingin melayari pengembaraan dunia yang berelemenkan magis dan fantasi.

“Bahkan, hiburan Hollywood tidak pernah henti dari menghasilkan kandungan-kandungan seperti ini dengan interpretasi penceritaan berdasarkan pergerakkan masa dan budaya popular di kalangan segmen penonton tersebut.

“Justeru, siri Legenda Puteri Qaseh ini dilihat berpaksikan pemodenan kisah klasik fiksyen dan menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment dalam kalangan mereka pada usia muda dan menggalakkan mereka menguatkan jati diri,” katanya.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Red Communications, Shamyl Othman pula berkata, sungguhpun boleh menjangkakan cabaran yang bakal dilalui, namun, dia percaya yang Legenda Puteri Qaseh mampu dijayakan dengan sempurna dengan pelakon-pelakon yang terlibat.

“Apabila Astro Ceria datang kepada Red Communications untuk menerbitkan siri seterusnya francais Legenda, kami tahu bahawa projek ini pasti akan datang dengan beberapa cabaran.

“Tetapi dengan tunggak utama merupakan seorang wanita muda, kami tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran tersebut. Kami merasakan siri ini bakal memperkasakan lagi ramai gadis-gadis muda serta menjadi pengalaman tontonan yang harus ditonton oleh seisi keluarga,” katanya.

Legenda Puteri Qaseh berkisarkan seorang gadis berhati mulia bernama Qaseh yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. Selepas kemangkatan kedua ibu bapanya, kerajaan tersebut kini diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung.

Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Ketika menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.

Legenda Puteri Qaseh diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh.

Legenda Puteri Qaseh juga dibintangi para pelakon terkemuka seperti Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul Takkan Mengalah dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Francais Legenda direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu.

Selain daripada itu, Legenda Puteri Qaseh turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan aktiviti binge watching atau penstriman.

Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611).

Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.