ASTRO GEMPAK ARTICLE
Legenda Rock Ozzy Osbourne Meninggal Dunia
Dunia telah kehilangan seorang legenda rock.
Ozzy Osbourne, rocker Black Sabbath yang kemudian menjadi bintang realiti The Osbournes, meninggal dunia pada 22 Julai ketika berusia 76 tahun, seperti yang diumumkan oleh keluarganya.
"Dengan kesedihan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, kami terpaksa memaklumkan bahawa Ozzy Osbourne yang kami sayangi telah meninggal dunia pagi ini.
"Beliau berada bersama keluarga dan dikelilingi oleh kasih sayang. Kami memohon agar semua orang menghormati privasi keluarga kami pada masa ini," kata keluarganya termasuk anak-anak Aimee Osbourne, Kelly Osbourne dan Jack Osbourne dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada E! News.
Kali terakhir mendiang tampil membuat persembahan bersama kumpulannya pada 5 Julai di Villa Park, Birmingham, England, beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sebelum persembahan terakhirnya, isterinya Sharon Osbourne sempat berkongsi kegembiraannya kerana dapat kembali ke pentas untuk menyanyi.
"Dia sangat teruja. Dapat bersama rakan-rakannya lagi dan semua kawan-kawannya. Ini sangat menggembirakan," kata Sharon kepada BBC pada Februari.
Kematian Ozzy berlaku beberapa hari selepas anak perempuannya, Kelly, tampil menangkis spekulasi dalam talian mengenai kesihatan bapanya.
"Dia tidak nazak. Ya, dia ada Parkinson, dan ya, pergerakannya sangat berbeza daripada dulu, tapi dia tidak mati. Apa yang masalah kalian?" kata Kelly di Instagram Stories pada 11 Julai.
Ozzy telah menghadapi pelbagai masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu termasuk penyakit Parkinson.
Pada Jun 2022, Sharon berkongsi bahawa suaminya sedang menjalani 'pembedahan besar' yang akan menentukan hidupnya.
Ozzy Osbourne, yang dilahirkan sebagai John Michael Osbourne di Birmingham, England, mula dikenali melalui muzik yang mengubahnya menjadi bintang tersohor.
Pada 1968, Ozzy bersama Tony Iommi, Geezer Butler, dan Bill Ward membentuk Black Sabbath, yang membuka jalan bagi kejayaan besar mereka.
Ozzy berkahwin dengan Thelma Riley dan mempunyai dua anak, tetapi kehidupan sebagai rockstar membawa masalah seperti ketagihan alkohol dan dadah. Pada 1979, Ozzy disingkirkan dari Black Sabbath dan berhadapan dengan perpisahan perkahwinannya.
Ozzy kemudian meneruskan kerjaya solo dengan album Blizzard of Ozz pada 1980. Aksinya di atas pentas, termasuk menggigit kelawar pada 1982 mendapat perhatian dunia.
Pada 1982, Ozzy berkahwin dengan Sharon Osbourne, yang juga menjadi pengurusnya dan mereka mempunyai tiga anak: Aimee, Kelly dan Jack. Walaupun perkahwinan mereka sarat dengan kenangan manis, mereka juga melalui tempoh sukar seperti ketagihan Ozzy dan perjuangan Sharon melawan kanser kolon.
Kehidupan mereka turut didokumentasikan dalam siri TV The Osbournes, yang disiarkan pada 2002 hingga 2005. Dalam wawancara pada 2018, Ozzy merenung perjalanan kerjayanya, merasa terkejut masih hidup setelah melalui banyak kesulitan.
Sumber: E News

.jpg)