,
Terkini

Leha Papar Realiti Kerjaya Pengawal Keselamatan

Izwan Isa
05/04/2024
12:55 MYT

Kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan mungkin dilihat antara pekerjaan yang sering dipandang rendah oleh segelintir pihak.

Bagaimanapun, kerjaya ini sebenarnya sangat penting dalam mengawal keadaan di sesebuah kawasan atau premis daripada sebarang kemungkinan.
Hal ini telah mencetuskan ilham kepada syarikat produksi Alfanazra Productions untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat kerjaya ini sebagai ‘hero’ menerusi sebuah filem komedi berjudul Leha.
Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Leha kerana ia dilihat sebagai tanggungjawab sosial sebagai warga tempatan untuk mengangkat taraf pengawal keselamatan ke satu tahap yang lebih tinggi agar masyarakat memandang mereka ini mempunyai keberanian tersendiri, malah turut dilatih dengan latihan ala tentera.

Tanggungjawan sosial

“Pada saya ini merupakan antara tarikan utama dalam filem ini. Selalunya orang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamatan namun kali ini saya mengangkat mereka dengan sifat keberanian dan tanggungjawab.

“Sedangkan kita sedia maklum tentang pengorbanan mereka yang sangat besar dalam soal menjaga keselamatan orang awam. Boleh dikatakan filem Leha ini sebagai satu penghargaan buat seluruh warga pengawal keselamatan dan seluruh ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM),” ujarnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Azaromi mengangkat dua orang pengawal keselamatan menjadi hero yang membantu membanteras sebuah kes jenayah menerusi filem berkenaan.
Jelasnya, filem Leha ini mengisahkan tentang tiga orang pengawal keselamatan di sebuah kilang yang membantu menyelamatkan seorang gadis bernama Leha yang hampir menjadi mangsa culik gara-gara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagangan manusia di kilang tersebut.
Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon-pelakon popular seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin dan Bidin Al Zaifa.

Aksi komedi

Dalam pada itu, Azaromi menjelaskan yang dia memilih genre aksi komedi kerana ingin memberikan penonton berasa terhibur dengan lawak jenaka yang disampaikan dan secara tidak langsung dapat melihat kisah keberanian 3 orang pengawal keselamatan tersebut.

“Pemilihan genre aksi komedi ini bukanlah ingin memperlekehkan kisah pengawal keselamatan dalam filem ini, tetapi saya mahu ia sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Dengan cara ini akan menarik minat penonton dan tanpa ragu-ragu untuk menonton bersama anak dan isteri.
“Saya juga mahu menampilkan sedikit kelainan berbanding filem aksi komedi yang lain, kerana dalam penceritaannya terdapat ‘plot twist’ yang semestinya akan memberikan kejutan kepada penonton,” jelasnya.
Mengenai cabaran yang dilalui sepanjang pembikinan filem Leha ini, pengarah itu mengakui menghasilkan sebuah filem komedi memang agar sukar.

Difahami

Jelasnya, sebagai seorang pengarah, dia perlu memastikan komedi yang disampaikan dapat difahami oleh penonton.

“Kalau nak buat cerita air mata atau kisah seram, ia memang agak mudah, namun jika filem komedi, ia sangat subjektif kerana bukan senang untuk buat penonton. Setiap orang ada citarasa tersendiri dan tidak perlu hairan jika satu panggung ketawa tiba-tiba serorang daripadanya langsung tidak senyum dan begitu juga sebaliknya apabila kita langsung tidak ketawa.
“Inilah cabaran terbesar buat diri saya untuk mengarahkan sebuah filem komedi seperti Leha,” ujarnya.
Filem Leha akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 April 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal Keselamatan Jumpa RM500K Dapat Anugerah Daripada Majikan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kesan Pemilik Bagasi ‘Terbiar’ Di Parkir Pusat Beli-Belah Yang Berisi Wang Lebih RM500K

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Pilu Lihat Kucingnya ‘Terseksa’ Ditembak Pengawal Keselamatan - “Kan Boleh Halau Pakai Air…”

gempak
03/08/2024
08:55 MYT
Seorang wanita meluahkan perasaan sedih dan kecewa selepas kucingnya didakwa ditembak oleh seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan baru-baru ini.
Terkini

Pengawal Keselamatan Jumpa RM500K Dapat Anugerah Daripada Majikan

gempak
24/03/2024
04:55 MYT
Pengawal keselamatan yang menemui beg berusi wang tunai lebih RM500,000 tempoh hari menerima anugerah daripada majikannya, A5 Security Service.
Viral

Tidak Dibenarkan Masuk Sebab Berseluar Pendek, Individu Ini Terima Permohonan Maaf Dari Hospital & Pengawal Keselamatan

gempak
21/03/2024
03:55 MYT
Viral di media sosial apabila seorang individu mendakwa pengawal keselamatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru melarangnya daripada memasuki premis berkenaan kerana memakai seluar pendek.
Laman Utama

Rider Bergelut Dengan Pengawal Keselamatan Gara-Gara Tak Boleh Naik Hantar Makanan

gempak
04/11/2023
03:55 MYT
Katanya kejadian berlaku di ibu kota
Laman Utama

Pengawal Keselamatan Konsert Taylor Swift Dipecat Sebab Kemaruk Nak Selfie

gempak
24/08/2023
14:50 MYT
Utamakan kerja