Laman Utama

Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap

gempak
Maliah Surip
07/12/2023
10:55 MYT
Sponsor Banner
Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap
Belum pun reda kedukaan selepas menerima berita kehilangan anak autisme, Zayn Rayyan yang hilang ditemui meninggal dunia, rakyat Malaysia dikejutkan dengan fakta baharu.
Kanak-kanak istimewa itu disahkan meninggal dunia kerana dibunuh selepas sebelumnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Berita kematian Zayn, 6, didapati kerana dibunuh dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wujud unsur jenayah.
Terdapat kesan cedera pada leher Zayn diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
“Bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa, dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah," kata Hussein seperti dilaporkan media massa.
Sebaik berita menyayat hati itu tersebar, rakyat Malaysia melahirkan rasa duka dan berdoa agar kematian Rayn mendapat keadilan. Luahan dan keprihatinan tersebut dapat dibaca menerusi ruangan komen pelbagai platform media sosial termasuk Instagram dan Facebook.

PILIHAN PEMBACA: Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Berpakaian Sama Seperti Gambar Yang Ditularkan – “Sayu Hati Saya...

“Semoga pelaku dapat ditangkap dan dihukum sebaiknya,” tulis seorang pengguna Facebook.
Sementara ramai netizen meninggalkan komen ‘semoga dipermudahkan urusan’ buat keluarga malang tersebut.
Malah ada dalam kalangan netizen yang menyeru agar keselamatan dalam negara dipertingkatkan.
Terdahulu ibu kanak-kanak itu, Ismanira Abdul Manaf, 28, membuat laporan tentang kehilangan Ryan selepas gagal mengesan anaknya yang tidak mengekorinya menaiki tangga pulang ke rumah selepas singgah bermain buaian di taman permainan setelah pulang sekolah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live