Lelaki ‘Acah’ Pelanggan Kantoi Curi Telefon Bertekak Dengan Orang Ramai Sebab Nak Lepaskan Diri

Muhammad Firdaus
Mac 22, 2024 03:55 MYT

Taktik seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dan mencuri telefon pintar pekerja sebuah kedai serbaneka berhampiran Pekan Sungai Besi, Selangor pada Selasa membawa padah apabila kegiatannya diketahui umum.

Video kejadian itu turut tular menerusi media sosial pada Rabu menunjukkan suspek cuba melarikan diri sambil dikelilingi orang awam.

BERITA TRENDING: Netizen Geram Perangai Warga Asing Berjoli Pakai Kad Debit Orang Tercicir - "Kalau Aku Kena Memang Hantar…

Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.45 malam itu berlaku apabila lelaki tersebut kononnya datang ke kedai berkenaan untuk membeli barang.

"Semasa pekerja kedai berkenaan mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak mengambil dan membawa lari telefon pintar yang sedang dicaj di atas meja.
"Suspek bagaimanapun terjatuh ketika melarikan diri sebelum berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Didakwa curi telefon bimbit dalam kejadian di Pekan Sungai Besi, Cheras malam kelmarin. Suspek berusia 39 tahun ini terjatuh ketika melarikan diri dengan telefon yang dicuri dari sebuah kedai. Dia telah ditahan reman selama tiga hari. Apa yang menari perhatian ialah dia sempat… pic.twitter.com/E3gKGiliza

— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Zam menjelaskan bahawa suspek yang berusia 39 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Suspek juga direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Zam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.
Sumber: Harian Metro/Majoriti
#Viral #Netizen #Curi #Pencuri #Polis #Telefon #Tangkap #x