Lelaki Batalkan Perkahwinan Selepas Ibu Diherdik Bakal Isteri, Siap Minta Duit Lagi!
Mya Amri
06/08/2023 23:45 MYT
06/08/2023 23:45 MYT
Seorang lelaki nekad membatalkan perkahwinannya sehari sebelum akad nikah selepas ibunya diherdik oleh bakal isterinya sendiri.
Kejadian tersebut berlaku di Palembang, Sumatera Selatan dan dikongsikan menerusi akaun Instagram @pembasmikehaluan.reall.
Difahamkan segala kelengkapan perkahwinan sudah disediakan oleh pihak keluarga pengantin lelaki bernama Anjas Setiawan itu termasuklah mahar dan juga hadiah lain.
“Mas kahwin 35 juta rupiah (RM10,521), emas, dodol, wajik dan hantaran 10 juta rupiah (RM3,006),” ujar pengulas video itu.
Situasi mula menjadi kurang selesa apabila bakal isteri Anjas merasakan wang yang diberikan masih tidak mencukupi dan meminta tambahan 6.7 juta rupiah (RM2,104) untuk membayar kos sewa khemah.
Anjas bagaimanapun bersetuju dengan permintaan tersebut namun hanya mampu menyediakan 6 juta rupiah (RM1,803).
Bakal isteri kemudiaannya menolak atas alasan wang itu kurang walaupun hanya sedikit.
“Bukan hanya menolak, calon pengantin wanita itu juga sempat membentak calon mertuanya, sehingga membuat Anjas memutuskan untuk membatalkan pernikahan," jelasnya.
Dalam pada itu, Anjas mengesahkan dia sendiri yang membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan kerana tidak rela melihat ibunya diherdik oleh wanita yang sepatutnya menjadi isteri.
“Tak mahu terima dia membentak orang tua saya kerana masalah duit, walhal sudah dipenuhi juga permintaannya,” kata Anjas.
Kredit main foto: Pexels
Sumber: Suara.com
Kredit main foto: Pexels
Sumber: Suara.com