Lelaki Berpakaian Seperti Patung Hodoh Annabelle Kejutkan Penonton Di Pawagam!

Azwa Rahman
Julai 3, 2019 13:55 MYT
Apa perasaan anda apabila sedang menonton filem hantu, ada sosok berpakaian seram yang turut sama berada di pawagam?
Itulah yang berlaku di sebuah pawagam apabila semua penonton sudah bersedia untuk menonton filem seram ‘Annabelle Comes Home’, seorang lelaki ini memakai busana mirip seperti patung hodoh itu.
Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @azlanalanlan berkongsi beberapa keping foto individu berpakaian Annabelle itu sedang menunggu tayangan filem bermula.
Melihat kepada respon orang ramai di Twitter, rupanya individu berpakaian Annabelle itu berasal dari Johor dan sering memakai cosplay apabila menonton filem.
Rata-rata netizen turut sama rasa terhibur dengan gelagat lelaki ini. Malah ada juga yang terkejut dan tidak dapat membayangkan keadaan kalau individu itu ada sama di dalam pawagam bersama mereka.

Ni kalau Annabelle tengok pun dia lari ni ? pic.twitter.com/Nm6vh6R6wC

— Azlan Sulaiman (@azlanalanlan) June 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nangis Annabelle tengok dia. Annabelle : Nie ke masa depan aku? ???

— Zearul Azmi (@Huzairul01) July 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I saw him! pic.twitter.com/KVBTRiNmtt

— ???? (@EllyanaAsmadi) July 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai yang turut memberikan komen dan berkongsi foto bahawa mereka turut terserempak dengan Annabelle palsu tersebut di dalam pawagam.
'Annabelle Comes Home' sudah seminggu berada di pawagam. Filem ini merupakan sekuel kedua selepas Annabelle: Creation yang ditayangkan pada Ogos 2017.
#Annabelle #Cosplay #Seram