Seorang lelaki yang tular di media sosial selepas bertindak menunjal kepala pemandu wanita akhirnya telah ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan lelaki berkenaan diberkas di Serdang, Selangor untuk tindakan lanjut.

Berita penahanan lelaki itu mendapat perhatian netizen yang mengikut perkembangan insiden berkenaan.

Rata-rata menyatakan tindakan melulu lelaki itu dan sikap biadap terhadap wanita akhirnya membawa padah.

Antara komen netizen:

Terdahulu, tular sebuah video merakamkan seorang lelaki yang menaiki Proton Persona bertindak menghentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa.

Suspek kemudiannya bertindak mengetuk cermin pemandu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak menunjal kepala mangsa.

Video tular berdurasi 59 saat itu ternyata mengundang kemarahan netizen.