Usahawan kosmetik, Joy Revfa berpendapat jika pasangan hidup berlaku curang, dia tidak layak untuk mendapat peluang kedua.

Joy memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama pengikut di ruangan Insta Story baru-baru ini.

"Sebab rasa sayang atau rasa tak boleh move on ni hihi ..

"Btw, bagi sis joy kalau cheating/curang memang tak boleh bagi change dah sampai bila-bila," tulisnya.



Dalam pada itu, Joy juga menyatakan walaupun lelaki diberi peluang beberapa kali untuk menebus kesalahan, dia tetap akan mengulanginya lagi.

"Lelaki biasanya bagi berjuta kali peluang tapi tetap buat hal lagi..

"Letih nak jaga! Sepatut depa yang jaga kita..Kita pulak yang jaga depa!" tulisnya lagi.



Terdahulu, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 tetapi mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.