Seorang lelaki yang dipercayai membunuh wanita dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan ditahan polis dalam keadaan bogel di sekitar Permas Jaya, Johor, pada pukul 2.45 petang, Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis turut merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek.
Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat menerusi talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.
Terdahulu, beberapa rakaman video tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
Rakaman tersebut dipercayai dibuat selepas suspek melakukan perbuatan jenayah tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia
Amri Hassan
Mon Jul 04 2022
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”
Raja Azura puji la Hafreez!
Insiden Jambatan Baltimore, Seorang Individu Ditemui Maut
Satu individu disahkan maut dan ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa. Menurut sumber, Ahli Majlis Bandar Baltimore, Phylicia Porter memberitahu pencarian mangsa-mangsa terlibat masih lagi dijalankan dan satu mayat telah pun ditemukan. "Kami deng
Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”
Shila kongsi tips.
"Tak Perlu Lebih-Lebih Mesra Cari Keserasian" - Pesan Wawa Zainal Untuk Aeril Zafrel
Pelakon Wawa Zainal berpesan pada suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel agar tidak berlebih-lebihan apabila bergandingan dengan pelakon wanita lain.
Nak Rumah Terbuka Korang Ditaja & Dapat Beraya Dengan Nadhir Nasar, Nabila Razali, Dato' Azizul Awang dan CIMB Octo? Wow!
Wah bestnya!
"Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya" - Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan tiada keperluan untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan kes.
Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”
Neelofa tidak cukup masa untuk beri huraian yang lengkap
Tak Mahu Libatkan Diri Dengan Kontroversi Orang Lain, Zul Ariffin Doakan Terbaik Untuk Ruhainies - “Baik Saya Jaga Lidah”
Pernah berkawan rapat dengan aktres sensasi Ruhainies, pelakon, Zul Ariffin berkongsi bahawa dirinya bukanlah orang yang layak untuk memberi komen tentang kontroversi yang berlaku antara aktor itu bersama penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz. Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 38, mengambil inisiatif untuk mengasingkan diri sendiri