Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Sekupang, Kota Batam, Indonesia ditangkap selepas didakwa mencabul anak tirinya, 13, ketika si isteri baru sahaja melahirkan anak.

Ketua Polis Sekupang, Pesuruhjaya Polis Z.A. Christopher Tamba berkata, kes tersebut sampai ke pengetahuan pihak berkuasa selepas mereka mendapat laporan daripada keluarga mangsa.

“Unit Siasatan Jenayah Polis Sekupang menahan saspek selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa. Pelaku ditahan di kawasan Sekupang pada Selasa.

“Mangsa dicabul ketika ibu kandung mangsa baru melahirkan anak. Mangsa mengadu kepada ibu saudaranya dan memberitahu dia telah dicabul berulang kali oleh ayah tirinya.

“Amang seksual itu dilakukan sebanyak enam kali. Lima tindakan cabul dilakukan pelaku di Pantai Cipta Land, Sekupang dan satu lagi di rumah ketika ibunya sedang tidur,” ujarnya.

Siasatan mendapati, mangsa diajak untuk berjalan-jalan dan selepas dicabul, si pelaku memberikan wang saku kepada mangsa supaya merahsiahkan perbuatan terkutuk berkenaan.

Mangsa turut memberitahu, dia pertama kali dicabul pada awal 2023. Perbuatan bapa tirinya itu turut dilihat oleh adik tiri mangsa yang berusia empat tahun.

“Mangsa mengakui dia dicabul buat pertama kali di Pantai Cipta Land pada awal 2023 dan terakhir di rumahnya. Malah perbuatan keji bapa tirinya itu turut diketahui oleh adik tirinya yang masih berusia empat tahun.

Disebabkan kejadian tersebut, mangsa mengalami trauma.

"Mangsa trauma akibat perbuatan pelaku. Mangsa kini di bawah jagaan Perlindungan Perempuan Dan Anak di Kota Batam," katanya.

Selepas penahan pelaku, polis turut merampas bahan bukti iaitu sepasang pakaian dan seluar dalam milik mangsa serta surat beranak. Pelaku didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: DetikSumut

BACA: Penceramah Bebas Dituduh Cabul Kanak-Kanak Yang Juga Ahli Keluarga Sendiri​

BACA: Keji! Wanita Usia 20 Tahun Cabul, Perkosa 17 Orang Kanak Kanak Lelaki & Perempuan