Laman Utama
Lelaki Cekik Pemilik Rumah Warga Emas Gara-Gara Wi-Fi Perlahan
Seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila mencekik pemilik rumah sewanya hanya kerana mengalami gangguan Wi-Fi yang perlahan.
Lelaki berusia 30 tahun tersebut didakwa melakukan keganasan selepas bengang Wi-Fi yang perlahan telah menganggu kosentrasinya bermain game.
Natijah daripada perlakuan tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Li Xin didenda lima bulan penjara selepas mengaku bersalah, lapor akhbar tempatan Singapura.
Dia disabitkan bersalah boleh mengakibatkan kematian dengan kecederaan yang dialami selepas mencekik pemilik rumahnya.
Menurut kronologi kes, kejadian berlaku pada Mei lalu. Li Xin yang bermain game di telefon bimbitnya naik berang selepas wi-fi perlahan lalu mengetuk pintu bilik tuan rumahnya.
Li Xin kemudian bertengkar dengan wanita berusia 61 tahun itu sebelum mengeluarkan pisau.
Dia juga menolak warga emas tersebut ke katil dan mencekiknya.
Pihak berkuasa menemui enam tin minuman keras di bilik lelaki tersebut.
Must-Watch Video