Berita
Lelaki Cemas, Kekasih Curi Rakam Video Diri & Gaya Tidur: “Dia Kata Itu Seni”
Seorang lelaki berkongsi rasa cemas selepas teman wanitanya mendedahkan telah mengambil video sewaktu dia tidur.
Rakam kerana projek seni
Bukan sekali tetapi perlakuan tersebut telah dilakukan banyak kali sejak beberapa bulan lalu. Teman wanitanya mengaku merakam aksi dia tidur kerana ‘projek seni’.Menurutnya, teman wanitanya berusia 26 tahun dan sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana. Dia merakam sekurang-kurangnya 94 gaya tidur lelaki tersebut sebagai salah satu tugasan seni dan berhasrat memberitahu kekasihnya mengenai rakaman curi itu sebelum menghantar projek tersebut kepada pensyarah.
Luahan yang dibuat oleh lelaki berusia 21 tahun di dalam laman komuniti Reddit itu kemudian mendapat pelbagai balasan daripada pengguna lain.“Saya tidak boleh habis berfikir bagaimana dia telah menceroboh privasi. Dia kata jika beritahu saya awal takut projek ini akan terjejas,” katanya.
Ramai berpendapat perkongsiannya bukan sengaja mencari publisiti tapi tindakan teman wanitanya memang disifatkan agak keterlaluan.
Advertisement
“Anda tidak perlu rasa bersalah. Memang dia yang salah kerana menceroboh privasi anda,” tulis seorang pengguna Reddit.
“Seorang wanita merakamkan aksi dan gaya tidur kekasihnya dalam diam. Ini menakutkan,” tulis yang lain pula.
Must-Watch Video