VIRAL
Lelaki Cemas Ular Tedung Gigit Kemaluan
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kemaluannya digigit seekor ular berbisa dalam kejadian di sebuah kawasan hutan di Brazil.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @therealtarzan memaparkan seluar lelaki itu digigit ular tedung.
Gigitan kuat menyebabkan dia terduduk di atas tanah sambil menahan kesakitan.
Meskipun ditarik beberapa kali dan ditoreh menggunakan ranting kayu, reptilia tersebut enggan melepaskan gigitannya.
Masih belum jelas nasib mangsa dan bagaimana klip video itu berakhir.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 10.4 juta tontonan di Instagram.
Must-Watch Video