Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki bertindak melakukan onani sambil mencium seluar dalam wanita di sebuah kawasan perumahan.

Perkara terkutuk itu sekali gus mengundang kemarahan kebanyakan netizen yang mahukan lelaki itu dicekup oleh pihak berkuasa.

Namun, menurut laporan polis hari ini, lelaki berusia 62 tahun itu telah pun ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, lelaki berkenaan ditahan pada jam 2 petang semalam.

“Pada 14 Mac 2022 jam lebih kurang 2 petang, pihak polis telah menerima satu aduan berkenaan.

“Seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang telah dijemur berhampiran sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama sambil mencium pakaian dalam tersebut dan melakukan perbuatan onani,” katanya.

Jelasnya, kegiatan tersebut telah dilihat serta dirakam oleh jiran manga yang kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan perbuatan tersebut.

“Hasil risikan oleh sepasukan Polis dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields telah menahan seorang lelaki berumur 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan dibawah Seksyen 509 KK dan Seksyen 14 AKK 1955 telah dibuka dan permohonan reman akan dibuat pada 15 Mac 2022,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

“Sebarang maklumat mengenai kes jenayah laporkan segera pada pihak Polis,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang menghidu pakaian dalam wanita tular di platform Twitter.

Menerusi berdurasi 40 minit itu lelaki itu pada awalnya membelek beberapa pakaian dalam wanita yang disidai di sebuah kawasan perumahan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut kemudian melakukan perbuatan tidak bermoral dengan beronani di sebalik ampaian tersebut.

BACA: “Patut Jerit Kuat Biar Mati Pucuk” - Jijik! Lelaki Kantoi Cium Sp*nder Wanita Sambil Onani?