Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lelaki Dengan Lelaki Ada Bonding Rapat Tak Semestinya Semburit" - Namron

Kamaruddin Razal
01/08/2019 00:15 MYT
Pelakon, penerbit dan pengarah berbakat, Namron, 50, memohon agar wargamaya berhenti mengecam seorang pelakon lelaki yang dikaitkan dengan isu pukul dan hubungan songsang.

Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan berkata, tuduhan dan laporan polis yang dilakukan oleh bekas tunang aktor itu belum lagi dibuktikan kesahihannya. terhadap aktor itu belum terbukti kesahihannya.

Membahasakan dirinya sebagai Tok Ayah, Namron berkongsi video yang berdurasi lebih tiga minit mengenai perkara terbabit di laman Instagram miliknya.

"Tok Ayah ada baca berita, pelakon lelaki didakwa pukul tunang sebab bekas tunang kata dia ada hubungan dengan lelaki lain jadi dia pukul. Betul ke dia lagu tu?

"Kadang orang lelaki ni, bila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding, apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada hubungan songsang.

"Sakit pula hati tok ayah bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab Tok Ayah kenal pelakon lelaki ni.

"Budaknya baik... Tok Ayah harap berhentilah komen benda-benda ni... tak pasti duduk diam," katanya.

Tambah Namron, setiap tuduhan harus disertakan dengan bukti agar ia tidak mendatangkan sebarang persoalan kepada netizen.

Anda boleh tonton video penuh Namron di bawah:

Jangan terburu-buru buat kecaman selagi belum tau duduk perkara.

A post shared by Bang Nam Ron (@_nam_ron_) on


Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

BACA: Ikatan Pertunangan Syafie Naswip Dengan Aishah Azman Terlerai

BACA: Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Songsang!


Netizen mula berspekulasi dan mendakwa aktor Syafie Naswip merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan pelakon Aishah Azman.

BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’

Bintang filem Mukhsin itu menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya.

Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.
#Namron
;